Thursday, October 16, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Risiko Jika Duduk Terlalu Lama

by Jash Lee
March 29, 2020
57
KONGSIAN
Share on Facebook

Duduk untuk jangka waktu yang panjang seperti bekerja di pejabat, memandu kereta, menaiki penerbangan jarak jauh, menonton televisyen terlalu lama berisiko dan akan memberi kesan negatif pada kesihatan dan akan menyebabkan badan terasa sakit.

mstar.com.my

Rutin pekerjaan yang memerlukan kita menghadap komputer atau laptop seharian antara ‘silent killer’ yang memberikan kesan jangka masa panjang.

Antara risiko jika kita duduk terlalu lama

1.Sakit Leher

Ini adalah kesan pertama yang akan dirasai. Ia sebenarnya sesuatu yang serius tapi dipandang ringan. Leher akan menjadi kebas sekiranya kita terlalu fokus pada skrin komputer seterusnya akan mengundang pada komplikasi lain. Pastikan skrin komputer perlu setara dengan tahap pandangan mata. Postur kedudukan badan juga memainkan peranan penting  bagi mengelak sakit dibahagian tulang belakang. Untuk mengelakkan perkara ini menjadi lebih serius, rehatkan mata dan badan anda beberapa minit selepas 2-3 jam bekerja dengan berjalan atau pergerakan kepala.

2) Tulang Lemah

Bagi memastikan tulang berfungsi dengan baik, kita perlu melakukan latihan fizikal, jika tidak, ia mampu menambah jumlah air dalam tulang. Mengamalkan pemakanan yang lebih sihat dengan mengambil susu dan bayam.

3) Masalah Penghadaman

Duduk sebaik selepas makan akan memberi tekanan kepada abdomen. Ini akan menyebabkan anda kembung perut, buncit, pedih ulu hati dan sembelit.

4) Kerosakan Otak

Jika duduk terlalu lama, fungsi otak akan menurun. Oleh itu, kita akan mudah merasa mengantuk dan hilang fokus. Otak juga tidak mendapat sumber darah dan segar.

5) Masalah Postur Badan

Badan secara automatik akan membengkok ke depan sewaktu duduk terutamanya apabila berkerja dengan komputer atau laptop. Kita juga akan mengalami sakit belakang. Ia akan menyalurkan lebih tekanan kepada tulang belakang. Cakera tulang belakang ( yang sepatutnya diaktifkan dengan gerakan) menjadi lemah seterusnya tidak dapat menyerap darah dan nutrien.

6) Masalah Pinggul

Pinggul adalah bahagian utama yang digunakan sewaktu duduk. Kekerapan duduk akan menyebabkan bahagian pinggul kaku dan mengeras kerana kurang bergerak.

Individu yang duduk selama 2 jam untuk menonton televisyen atau skrin alatan berteknologi berisiko kira-kira 50 peratus punca penyebab kematian. Bahkan, kajian menunjukkan golongan berkenaan berdepan tekanan penyakit seperti jantung dan sakit dada (anjina).

Duduk terlalu lama juga akan meningkatkan 2 kali ganda risiko terkena penyakit kardiovaskular (sakit sendi) berbanding kerja yang memerlukan kita berdiri.

Kajian juga mendapati Jurnal Pencegahan Kardiovaskular Eropah, mendedahkan pesakit jantung yang duduk dalam tempoh lama berisiko mengalami serangan yang teruk berbanding pesakit jantung yang aktif berdiri. Pesakit jantung yang melakukan aktiviti senaman harian juga tidak terkecuali mengalami serangan jantung yang lebih teruk sekiranya mereka meluangkan masa purata 8 jam tanpa bergerak dari tempat duduknya.

Langkah-langkah Pencegahan

  • Duduk pada kedudukan 135 darjah untuk kurangkan tekanan pada bahagian belakang badan
  • Buat pergerakan setiap 30 minit
  • Bangun apabila televisyen menyiarkan iklan
  • Lakukan aktiviti ringan ketika menonton seperti menggoyangkan kaki
  • Hadkan tempoh duduk dan lakukan senaman ringan dengan kerap
  • Minum lebih banyak air
  • Gunakan tangga ketika di pejabat (bergantung pada tahap kecergasan diri)
  • Makan di luar berbanding di meja kerja
  • Tidur awal lebih baik dari duduk menonton televisyen
  • Monitor aktiviti harian anda (senaraikan dan tinggalkan aktiviti duduk)

Sama ada bekerja atau sebagainya, jangan lupa untuk rehat seketika dan melakukan beberapa pergerakan anggota badan kerana ia adalah faktor penting untuk penjagaan tubuh.

#risikodudukterlalulama
https://lomp.at/j9gsn
Share28Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Kesihatan

Nak Lari Jauh Tanpa Drama? Ini Cara Pilih Outfit Running Yang Betul

by Phic ARMAN
September 12, 2025

Kalau nak lari jauh atau sekadar jog keliling taman, pemakaian yang betul memang boleh jadi game changer. Bayangkan kalain dah...

Read more
Berita

Berlari Sambil Menikmati Pesona Pantai Timur: Mesra Run 2025 Sarat Semangat & Kesedaran Mental!

Kami di MURAI baru-baru ini berpeluang menyertai Kempen Kesedaran Kesihatan Mental 2025 anjuran Mesra Mall, dan acara paling mencuri tumpuan...

Read more
by Zaidin Albert
October 15, 2025
Kesihatan

Cawangan Ke-6 XI Fertility Dirasmikan di Setia Alam, Fokus Pada Rawatan Kesuburan

Hari ini, MURAI berpeluang hadir ke majlis pembukaan cawangan terbaru XI Fertility & Women’s Health TCM Centre yang kini rasmi...

Read more
by Phic ARMAN
July 27, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tetap Setia Walau Terluka”- Tak Lagi Ikuti Suami Di IG, Luahan Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

  2. 2

    Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: “Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!”

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terhibur Ammar Ahyan Bawa Kereta Mahal Tapi Letak Teh Ais Dalam Kereta

  4. 4

    “Wayang” Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas: “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

  5. 5

    [VIDEO] Fatima Dah Tak Sabar Nak Menari, Gelagat Comelnya Buat Ramai Cair!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem