Menerusi laman Instagram nya, pelakon Abby Abadi telah berkongsi foto seorang bayi comel yang dijaganya usai ibu kandung bayi tersebut selamat melahirkannya.
Abby Abadi Beri Bayangan
Dalam perkongsian tersebut, pelakon yang popular dengan siri Gerak Khas ini memberi bayangan ingin mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat ketiganya. Menguatkan lagi spekulasi berkenaan, Abby turut memujuk suaminya untuk menjaga bayi tersebut dan akan menamakannya pada hari ketujuh kelahirannya kelak.
Biarpun suaminya, Faizal Zakaria meluahkan rasa bimbang sekiranya mereka tidak dapat menanggung perbelanjaan membesarkan bayi tersebut,Abby berseloroh suatu hari nanti jika dia ditakdirkan susah, dia berharap agar pengikutnya dapat membantu mengumpul dana bagi membantunya.
“Abah risau tak tertanggung baby ni nanti, tanggungjawab besar kalau ambil lagi..
“Tapi sahabat-sahabat disini, kalau suatu masa nanti saya susah, boleh tolong jugakkan kumpul sorang rm10? hehee..,”
Sebagai info,Abby dan Faizal mempunyai dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyan dan Maisara Dayana Fathia yang berusia setahun lebih.
https://www.instagram.com/p/B-5qWHvjwbs/
Terdahulu, pasangan ini yang telah mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 dikurniakan anak pra matang pada tahun lalu namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
https://www.instagram.com/p/B-8TDPgjqVh/
Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.