Selepas berteka-teki mengenai kehilangan pelakon Hollywood, Naya Rivera sejak hampir seminggu yang lalu akhirnya misteri tersebut berjaya dirungkai apabila pihak berkuasa telah berjaya menemui mayatnya di Tasik Piru, Selatan California, Amerika Syarikat.

Mayat Ditemui Terapung 

Menurut sumber antarabangsa, mayat bintang siri televisyen popular Glee itu ditemui terapung di dalam tasik tersebut selepas disyaki berenang di tasik berkenaan bersama anak lelakinya, Josey Hollis Dorsey, 4 tahun. Bagaimanapun, anaknya itu ditemui selamat apabila dia ditemui tidur bersendirian di dalam bot.

Difahamkan, pelbagai gerakan menyelamat telah digunapakai termasuklah menggunakan khidmat pasukan penyelam yang menggunakan peralatan sonar untuk meneruskan pencarian Rivera dalam tasik tersebut sejak Isnin lalu. Malah, bantuan helikopter dan anjing pengesan turut digunakan.

Dakwa Rivera Tidak Punyai Kekuatan Yang Cukup 

Di sebalik penemuan tersebut, terdapat juga laporan yang mengatakan Rivera mempunyai kekuatan yang cukup untuk membawa anaknya kembali ke bot mereka setelah berenang bersama namun tidak cukup untuk menyelamatkan dirinya. Sebagai info, Rivera pernah berkahwin dengan pelakon Ryan Dorsey namun bercerai pada 2018.

IKLAN