Tempat peranginan berbogel terbesar di dunia kini telah mewujudkan kluster baru Covid-19. Dengan hampir 150 orang diuji positif setelah bermalam atau mengunjungi pantai di selatan Perancis ini.
Menurut CNN, pihak berkuasa kesihatan tempatan mengatakan bahawa 95 orang yang tinggal di Cap d’Agde Naturist Village, yang berada di pantai Mediterranean di wilayah Occitanie Perancis itu didapati mempunyai Covid-19. Sementara 50 orang lain yang telah bermalam di resort itu juga didapati positif ketika pulang ke rumah.
Lembaga Kesihatan Wilayah Occitanie melakukan ujian selama tiga hari minggu lalu di Cap d’Agde.
Dua pusingan ujian pertama, yang melibatkan 490 orang, mendapati 95 orang dijangkiti Covid-19. Sebanyak 310 hasil tambahan sedang dianalisis.
Pusat peranginan yang disebut “Naked City” itu adalah resort pantai berbogel terbesar di dunia. Difahamkan resort itu menarik sebanyak 40,000 tetamu pada setiap kali musim cuti.
Pengunjung bebas untuk berbogel di mana sahaja mereka mahu – restoran dan kedai, pejabat pos atau bank, kapal atau bersantai di pantai awam yang besar, di mana berbogel adalah wajib, walaupun mereka yang tidak menginap di resort.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.