Kecaman yang melampau diterima oleh Iman Troy di laman Twitter semalam, memaksa dirinya terpaksa menyahaktifkan akaun Twitter.
Ciapan Iman Sentuh Sensitiviti Masyarakat
Ia berikutan ciapan terakhir nya yang telah menyentuh sensitiviti masyarakat berkaitan statistik jangkitan harian COVID-19 pada Ahad yang mencatat angka tertinggi menghampiri 7 ribu kes.
“Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihi,” tulis Iman
Ramai Kecam Iman, Trending Di Twitter
Rata-rata pengguna laman Twitter beranggapan ciapan Iman itu bersifatkan sindiran selain terus mengecamnya. Ketika artikel ini ditulis, tiada sebarang permohonan maaf mahupun kenyataan lanjut dari pihak Iman mengenai isu tersebut. Malah, nama Iman turut trending di tangga teratas laman Twitter berikutan kecaman yang diterima.
Pada Ahad, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 6,976 kes baharu Covid-19 manakala semalam (Isnin) pula merekodkan jumlah kematian tertinggi seramai 61 orang.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.