‘Nate Beruk’- Itu luahan kemarahan penyanyi yang berasal dari Korea Selatan, Han Byul di Instagramnya. Juara musim kedua program realiti, Big Stage, itu nyaris ditipu oleh seorang gadis melalui direct message (DM).
Han yang kini berada di Malaysia berkata, gadis dengan nama Ashley Davis itu telah menghantar DM kepadanya dan dia sedar pemilik akaun itu merupakan seorang scammer yang cuba menipu dengan mengambil wang dari mangsa.
Scammer itu cuba memperdaya mangsa dengan memberikan pautan palsu dan menawarkan bayaran kepada mangsa jika membuka pautan tersebut.
“Nate Beruk! Hati-hati dengan akaun Instagram bernama ini. Mereka akan memberi pautan yang palsu. Mereka akan kata, mereka akan bayar anda jika memuatnaik iklan”-tulisnya di IG stories.
Han atau nama sebenarnya, Jang Han-byul turut menasihati netizen supaya berhati-hati dengan akaun Instagram ini supaya tidak menjadi mangsa penipuan scammer.
Namun apa yang menariknya, Han sudah pandai menggunakan satu loghat dalam bahasa Kelantan iaitu ‘Nate Beruk’ yang bermakna ‘
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.