Pelawak, Harith Iskander telah mengecam tindakan pekerja Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) setelah tular video menahan dan menyeksa seekor anjing.
Memuat naik video pekerja MPPK di Instagram, Harith berkata tindakan tersebut boleh dikategorikan sebagai jenayah kerana ia menyalani undang-undang Malaysia. Tambahnya, pekerja MPKK tersebut boleh didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan (2015).
“Kekejaman terhadap haiwan yang dilindungi di bawah Akta Kebajikan Haiwan (2015) boleh dihukum denda RM20K sehingga RM100K dan/atau penjara sehingga 3 tahun.
Betul ke kakitangan MPKK tidak tahu undang-undang… Atau tahu tapi tak kisah?” ujar pelawak tersebut.
Menerusi video tersebut, seekor anjing telah menjerit ketakutan selepas ditangkap oleh tiga orang pekerja MPKK. Pekerja tersebut dilihat menggunakan alat yang berbentuk seperti garfu yang menekan anjing tersebut daripada melarikan diri.
Harith juga berkongsi kertas siasatan sudah dibuka oleh Ketua Polis Kedah, Kamarul Zaman Mamat terhadap pekerja MPKK di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.