Umum mengetahui, Aurel Hermansyah adalah puteri sulung Anang Hermansyah dari perkahwinannya yang berakhir dengan penceraian bersama Krisdayanti.
Disebabkan hal yang berlaku, Anang tampil memberikan pesanan kepada menantunya, Atta Halilintar mengenai kedudukan Ashanty dan Krisdayanti dalam kehidupan Aurel.
Berharap Atta Memahami Kedudukan Aurel Hermansyah
Dipetik dari KOMPAS, Anang memberikan pesanan buat Atta bahawa beliau harus memahami kedudukan Krisdayanti dan Ashanty yang sangat penting dalam kehidupan Aurel.
“Saya berharap dia boleh memahami dengan lebih komprehensif bagaimana ibubapa Aurel adalah Krisdyanti dan Ashanty. Pemaknaan ini harus tepat.”
“Harus memahami kedudukan Aurel, yang sememangnya dua ibubapa wanita yang telah menyumbang kepada kehidupan Aurel.”-Anang Hermansyah
Memuji Ashanty Yang Memahami Kedudukannya Pada Aurel
Selain itu, Anang turut memuji kehebatan isterinya, Ashanty yang mampu menempatkan dirinya dengan baik. Ashanty dikatakan dapat memahami kedudukan sebagai ibu tiri kepada Aurel dan Azriel Hermansyah.
“Ashanty benar-benar memahami siapa dia terhadap Aurel. Dia tahu kedudukannya. Dia mengerti, itulah sebabnya dia bantu berdoa, mendoakan kebahagiaan Aurel.”-Anang Hermansyah
Sama-samalah kita doakan yang terbaik terhadap keluarga mereka ya..
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.