Siapa sangka, video seks mirip wajah pendakwah bebas terkenal yang tular baru-baru ini telah menjadi kes polis. Tim Murai difahamkan pendakwah itu bakal dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Menurut laporan dari Harian Metro, pendakwah ini dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan berkaitan dakwaan gangguan seksual.
Hmm biar betul? Takkan sampai terlibat kes yang tidak senonoh ini?
Dari beberapa fakta yang kami terima dari sumber, pendakwah ini dikatakan berusia 30an dan siastan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Tidak dapat dipastikan siapakah identiti sebenar suspek namun menerusi video yang tular nampaknya ramai yang dapat meneka. Di ruangan komen di Facebook Harian Metro, rata-rata netizen menyebut ‘tagline’ yang sering pendakwah itu gunakan.
Selagi belum ada pengesahan dari mana-mana pihak, lebih baik kita berhenti untuk berspekulasi. Kita doakan yang baik-baik ajalah!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.