Memberi respon terhadap kenyataan Namron, penerbit Datuk Ayu Puteh meminta agar pihak kerajaan dapat membenarkan semula sektor penggambaran beroperasi.
Ujar penerbit filem Ada Apa Dengan Dosa (AADC), dia mendedahkan kebanyakan tenaga kerja produksi terjejas dan putus punca pendapatan. Ini kerana sektor penggambaran tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Tolong la hendaknya. Kita ni semua cari makan cara ni ja. Kesian krew krew ni semua ni. Apa lah depa nak buat lagi”, luah Datuk Ayu.
Tambah Datuk Ayu, tenaga kerja produksi tidak seperti kebanyakan selebriti yang lain. Walaupun selebriti turut terjejas dengan keadaan semasa, tetapi mereka mempunyai kerja sampingan.
“Artis ada la jugak berniaga. Tapi still berlakon dan industro ini dah jadi darah daging dah. Tolonglah kami”, ujarnya.
Akuinya lagi, dia berharap agar pihak kerajaan dapat membenarkan semula sektor penggambaran beroperasi bagi membantu semula penggiat seni dan tenaga kerja produksi yang terjejas.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.