Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting dikenali sebagai salah seorang selebriti yang sering dikecam netizen. Bukan sahaja dirinya, malah ahli keluarga juga menerima tempias menjadi sasaran netizen untuk dikecam.
Sedih Kerana Sering Dikecam Netizen
Menerusi video di Youtube Qiss You TV, Ivan Gunawan berbual dengan Ayu ting Ting untuk menceritakan perasaanya apabila sering dikecam netizen.
“Sedihlah. Kalau saya boleh jerit, saya akan menjerit. Cuma, saya tidak boleh melakukan apa-apa.”-Ayu Ting Ting
Ivan Gunawan kemudian mengatakan kepada penyanyi dangdut itu bahawa beliau tidak pernah melihat Ayu Ting Ting bersedih.
“Ya, kadangkala, jika saya mahu sedih. Kamu jarang angkat telefon saya. Kamu kan kadangkala sibuk.”-Ayu Ting Ting
Akui Tidak Punya Tempat Untuk Berkongsi Cerita
Ayu Ting Ting mengakui bahawa beliau merasakan tidak mempunyai tempat untuk berkongsi cerita yang membuatkannya tidak pernah kelihatan sedih di hadapan orang lain.
“Saya sebenarnya tidak mempunyai tempat untuk bercerita. Kadangkala, saya hanya diam.”-Ayu Ting Ting
Penyanyi dangdut berusia 29 tahun ini menambah, beliau tidak sampai hati untuk mengadu kepada ibubapanya kerana tidak mahu mereka rasa terbeban.
“Saya tidak dapat memberitahu pada Ayah dan Ibu saya kerana itu pasti membebani fikiran mereka.”-Ayu Ting Ting
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.