Sukan berkuda sudah lama popular di Malaysia, cuma tak ramai menyertai sukan atau pertandingan berkuda kerana beranggapan sukan seperti ini menelan belanja yang banyak.
Sebenarnya banyak pusat sukan berkuda menawarkan harga kemasukan yang berpatutan, dan mempromosikan pertandingan berkuda bagi menarik minat orang ramai terhadap sukan kegemaran Nabi SAW ini.
Ustaz Amin Kongsi Manfaat Sertai Pertandingan Kuda Lasak
Baru-baru ini ustaz Amin ada berkongsi penglibatannya dalam menyertai pertandingan kuda lasak (endurance), di Instagram nya. Menurut pendakwah terkenal ini, sebenarnya orang ramai akan dapat banyak manfaat apabila menyertai sukan berkuda.
Ia bukan saja baik untuk kesihatan diri, tetapi berpeluang mengenali rakan baru dan juga dapat menambah ilmu dengan menyertai pertandingan seperti ini.
“Masuk pertandingan ni bagus.
Kita tak syok sendiri, rasa diri hebat.
Kita boleh tengok ramai lagi orang yang boleh.
Kita boleh belajar dan jumpa kawan bar.
Belajar dan terus belajar.
Kerana sombong dengan ilmu hanya menjadikan kita jatuh kepada jahil kedua.
Jahil pertama apabila malas belajar, jahil kedua apabila berhenti belajar kerana sombong.
Tenang-tenang sajalah.” Kongsi Ustaz Amin
Netizen Setuju Dengan Perkongsian Ustaz Amin
Melihat hantaran yang dimuatnaik di Instagram pendakwah tersebut membuatkan orang ramai memberi pandangan diruangan komen posting berkenaan, rata-rata ramai yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh ustaz Amin.
“Terima kasih ustaz, banyak ilmu yang kami semua dapat dari ustaz. Alhamdulillah.”
“InsyaAllah boleh jadikan ustaz salah satu contoh yang baik.. Tak berhenti belajar..”
“Exposure tu penting kan ustaz. Boleh belajar dari pengalaman.” Komen mereka
“InsyaAllah ustaz, akan terus belajar walaupun dah senja”
“Betul sangat tu ustaz.”
“Belajar dan terus belajar.” Komen mereka lagi
Memang banyak manfaat kalau belajar menunggang kuda ni. Ada yang minat nak cuba sukan berkuda lepas ni?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.