Pelakon, Puteri Aishah mendapat kecaman hebat daripada netizen selepas memuatnaik foto percutiannya yang dikatakan terlalu seksi.
Menerusi foto yang dimuatnaik di Instagram, Puteri Aishah dilihat mengenakan baju mandi paras paha dan dipadankan dengan selendang nipis yang diikat di bahagian pinggang.
Cetus Kecaman Netizen
Ruangan komen di posting pelakon jelita ini rata-rata netizen terkejut dengan pemakaian pelakon itu malah ada yang turut menasihati Puteri Aishah agar lebih mengambil berat akan pemilihan pakaian yang sesuai lebih-lebih lagi apabila dia sedang bercuti di sebuah kawasan kampung.
Walaubagaimanapun, sehingga kini, Puteri Aishah masih belum memberikan sebarang maklum balas walaupun ruangan komen di posting nya dipenuhi dengan kecaman kepadanya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.