Siapa sangka Ketua Negara yang sangat disegani dan dihormati rakyat Malaysia ini memiliki sikap yang sangat merendah diri dalam bab pemakanan.
Menjengah ke Instagram House Of Pahang, media negeri Pahang ini berkongsi satu pendedahan yang cukup menarik perhatian di mata rakyat.
Tak Kekok Santap Makanan Panas Semula
Memetik dari House Of Pahang, Yang Di-Pertuan Agong Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sangat tidak suka membazir makanan dan mendedahkan baginda tidak kekok santap kuah kari yang dipanaskan semula untuk disantap bersama capati atau roti canai.
“Moh lah kita contohi sikap KDYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dalam mengurus rezeki.
Aokme (anda) tahu tak yang Kebawah Duli Tuanku kita ni tak suka membazir.
Walaupun Baginda merupakan Ketua Negara, Baginda tak kekok untuk santap kuah kari yang dipanaskan semula untuk disantap bersama capati atau roti canai!” – House Of Pahang
Amalan Agong Dapat Pujian Rakyat
Perkongsian dari Instagram media Pahang itu mendapat perhatian orang ramai, dan rata-rata memuji amalan yang disantuni Yang Di-Pertuan Agong dalam mengurus rezeki.
“Daulat Tuanku”
“Kari yang dipanaskan semula memang serius best!!”
“Allahuakbar. Bagusnya” kata mereka
“Sikap terpuji merendah diri”
“Agong sememangnya sempoi.. Sangat kool”
“Alhamdulillah.. Sentiasa praktikal… Daulat Tuanku” komen mereka
Ada yang amal cara mengurus makanan seperti Yang Di-Pertuan Agong?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.