Pelakon, Jue Aziz tampil memberi penjelasan selepas memuat naik foto menunjukkan dirinya berada di atas pelamin bersama seorang jejaka. Ia telah mencetuskan bualan netizen hingga ada yang mendakwa Jue Aziz telah selamat bertunang dengan jejaka tersebut.
“Berangan Ambik Pic Tak Salah Kan?”
Bagaimanapun menurut Jue, dia hanya bergambar untuk ‘mengambil berkat’ ketika majlis pertunangan anak saudaranya berlangsung.
“Firstly..Jue nak terangkan kat sini mengenai pertunangan Jue tu betul ke tak? Actually tu anak buah ( nephew) Jue ada post semalam.
Jue hanya bergambar ambik berkat.. Kata orang lah kan hehe atas pertunangan anak buah FIFI (slide pic) and berangan ambik pic tak salah kan?”-Jelas Jue
Tidak Menyangka Foto Yang Dimuatnaik Menjadi Kecoh Di Media Sosial
Tambahnya lagi, Jue akui tidak menyangka foto yang dimuatnaik itu menjadi kecoh di media sosial hingga ada yang menyangka dirinya selamat bertunang.
“Tak sangka pulak kecoh macam ni sebab pic tu pun tak nampak macam orang bertunang siap pegang bunga sama-sama bersentuhan. Lagi pun Jue ada post before tu pic anak-anak buah Jue nie.”
Mengambil Anak Angkat
Akui diri masih bujang, Jue juga mendedahkan bahawa dia mengambil anak angkat bernama Darwish sejak belum berkahwin, dan Darwish bukanlah hasil perkahwinannya yang lalu.
“Jue nak terangkan lagi sekali mengenai anak Jue, Darwish bukan hasil dari perkahwinan yang lepas ye. Jue ambik Darwish sebagai anak angkat dari Jue belum berkahwin lagi.”-Jue Aziz
Di akhir perkongsiannya, Jue berharap agar pihak terlibat tidak membuat kesilapan dalam memberikan maklumat kerana ia berkemungkinan sensitif kepada sesetengah pihak.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.