Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Mia Lateefa & Ismail Izzani Ada Sesuatu Yang Istimewa?

by Arsiqin Yusof
September 1, 2022
107
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi pop, Mia Lateefa sekali lagi menghangatkan persada muzik Malaysia dengan kemunculan single terbaharunya yang mengasyikkan berjudul ‘Kau Tahu’, turut menampilkan penyanyi remaja terkenal tanah air, Ismail Izzani, hasil ciptaan mereka berdua dengan komposer ternama seperti Mingaling, Ezra Kairo dan Amir Hasan, manakala terbitan oleh Deep Faith Entertainment.

“Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya sekali lagi saya diberi peluang untuk mempersembahkan sebuah lagi karya istimewa buat pendengar muzik masa kini.

“Saya masih lagi dalam fasa bereksperimentasi dengan muzik dalam pencarian ‘bunyi’ sebenar saya di mana saya akan menghabiskan masa di studio bersama rakan seperjuangan dan guru muzik untuk bertukar-tukar pendapat serta idea, jika bukan itu saya akan lebih fokus terhadap penjagaan fizikal dan juga kesihatan mental,” jelas gadis jelita berdarah kacukan Melayu-New Zealand ini, yang berumur 20 tahun.

Impian Mia untuk berkolaborasi dengan penyanyi lain akhirnya diperkenankan setelah diidamkannya sekian lama, jelasnya;

“Sudah lama saya menunggu peluang sebegini kerana dapat meluaskan portfolio saya sebagai seorang penyanyi serta mencuba sesuatu yang baharu.

“Dan sudah tentunya Ismail adalah pilihan saya kerana kami sudah lama mengenali satu sama lain dan sama-sama membesar dan berevolusi dengan muzik. Bagi saya, dia adalah di antara penyanyi muda terbaik dan berbakat tanah air, jadi it’s a no-brainer kenapa saya memilih dia,” katanya.

Apa Kata Ismail?

Menurut Ismail pula, dia menerima tawaran Mia untuk bekerjasama dalam lagu tersebut tanpa berfikir panjang.

“Pada mulanya Mia menghubungi saya menyatakan hasratnya untuk berkolaborasi dalam sebuah single, dan tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju kerana ini adalah idea bernas dan tidak rumit untuk bekerjasama dengannya.

“Saya mula mengenali Mia sejak tahun 2015 lagi dan sudah pun menganggapnya seperti adik sendiri, ketika di usia muda lagi dia mempunyai bakat yang semulajadi. Apa yang boleh saya katakan di sini, Mia seorang yang rajin berusaha dan akan memperuntukkan masa untuk mempelajari sesuatu, contohnya seperti tarian, kalau boleh saya simpulkan di sini, fun dan kelakar, itulah Mia!

Single Kau Tahu merupakan adaptasi dari pengalaman Mia sendiri yang diolah ke dalam lirik.

“Saya jenis orangnya kalau sayangkan seseorang akan curahkan segala perasaan dan cuba berusaha yang terbaik demi individu tersebut.

“Lagu ini menceritakan tentang curahan kasih sayang terhadap kekasih namun ianya tidak dihargai atau hanya dibalas sekadar sahaja,” ujarnya.

Jika pendengar amati, lagu yang berdurasi 4:27 minit ini jelas mengangkat irama R&B yang menjadi intipati
keseluruhan karya ini, mungkin pendekatan yang agak berani ditampilkan oleh penyanyi muda ini, namun ada tarikannya tersendiri seperti rangkap rap yang dinyanyikan oleh Ismail menambah variasi dinamik sekaligus melengkapkan Kau Tahu.

Mahu Penonton Terpesona

Video muzik (MV) yang dilancarkan serentak memaparkan visual mengasyikan ibarat dalam sebuah dunia khayalan ciptaan Mia.

“Saya mahu penonton terpesona dengan ‘rasa’ MV Kau Tahu melalui tarian yang dibawakan saya dan Mael, seakan berada dalam dunia sendiri tanpa menghiraukan apa kata orang luar,” jelasnya.

Bidang tarian sememangnya sebati dengan diri Mia dan cintanya pada bidang itu tiada bersempadan, namun melalui nyanyian ditemukannya semangat yang baharu dan perjalanan seninya seakan cerah seperti merentasi bintang di galaksi.

“Muzik adalah medium terbaik buat saya untuk meluahkan apa yang terbuku di hati, saya dapat ceritakan apa yang terpendam dan mempelajari banyak perkara baharu dalam kehidupan dari mereka yang mencorakkan
perjalanan seni saya.

“Semoga semua yang mendengar Kau Tahu akan terhibur dan menari bersama rentaknya serta jangan lupa selami maksudnya kerana saya pasti ramai di luar sana pernah mengalami situasi yang sama. Jadikan pengalaman lalu pengajaran buat kita untuk lebih kuat kehadapan,” katanya lagi.

Lagu ‘Kau Tahu’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi
ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV pula boleh di tonton secara ekslusif pada tarikh yang sama di saluran YouTube Mia Lateefa Keyte.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
Ismail Izzani
https://lomp.at/b6bqp
Share43Tweet27SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem