Friday, March 24, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Saya Tak Pernah Dengar Macam Tu’- Tok Ram Buka Mulut, Komen Nyanyian Jaclyn Victor

by Khai Azfar
September 20, 2022
894
KONGSIAN
Share on Facebook

Maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tok Ram akui terkejut dengan persembahan yang ditonjolkan oleh salah seorang peserta Gegar Vaganza 9(GV9), Jaclyn Victor. Menurut Tok Ram, dia tidak pernah mendengar Jaclyn yang dikenali ramai sebagai Jac menyanyikan lagu medley Di Bawah Pohon Asmara dan Gemilang seperti versi tersebut.

Memuji kelainan dan kebijaksanaan Jac dalam membuat persembahan, dia menyifatkannya sebagai contoh seorang penyanyi yang intelektual.

“Dia bukan masalah sedap tapi kata kuncinya adalah intelektual dan sesuatu di luar jangkaan. Jadi dalam konteks mengawal muzik lagu dia sendiri, saya tidak pernah dengar versi itu.

” Bila saya dengar macam itu, saya rasa tahun ini saya dapat apa yang saya nak iaitu, intelektual menyanyi” kata Tok Ram

Dedah pengarah muzik itu lagi, Jac juga tidak membuat persembahan sedemikian ketika sesi latihan dan mampu memberi saingan yang hebat kepada peserta-peserta yang lain.

“Diluar jangkaan! Dia boleh menyanyi di atas pentas yang tiga minit dalam versi yang diluar jangkaan.

” Dia kawal lagu dan muzik itu dalam masa yang sama. Saya tak pernah dengar macam itu dan saya rasa kamu pun tak pernah bukan? Masa latihan dia tak menyanyi macam ini.

” Bila di atas pentas dia mendahului semua peserta lain. Itu adalah seharusnya seorang artis” kata Tok Ram lagi

Selain Jac, Tok Ram turut memuji beberapa persembahan peserta GV9 yang lain menerusi hits masing-masing.

“Ada beberapa penyanyi lain yang tidak kurang hebatnya seperti Dina dan Shila. Mereka memang ‘vass’.”

“Apabila mereka bercakap, sama seperti perangai mereka di luar. Atas pentas, mereka menyanyi dengan jujur apa yang mereka ingin nyanyikan.” dedahnya lagi

Dalam konsert pembukaan GV9, Jac mendahului dengan pungutan markah sebanyak 88.40. Untuk info,GV9 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.Selain Tok Tam, barisan juri tetap masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

Bagi minggu pertama, penyanyi veteran Rahimah Rahim telah menjadi juri jemputan.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Gegar Vaganza 2022jaclyn victorJaclyn Victor Gegar VaganzaRamli MS
Share358Tweet224SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Sharnaaz Ahmad “Pujuk” Peminat Jangan Boikot Filem Syamsul Yusof “Original Gangster”, Akui Turut Berlakon
Lokal

Sharnaaz Ahmad “Pujuk” Peminat Jangan Boikot Filem Syamsul Yusof “Original Gangster”, Akui Turut Berlakon

by Puteri Alia
March 24, 2023
Hujan,Bunkface, Insomniacks & Masdo Akan Bersatu Di Konsert Jiwa Kacau, Harga Tiket Bermula RM75!
Lokal

Hujan,Bunkface, Insomniacks & Masdo Akan Bersatu Di Konsert Jiwa Kacau, Harga Tiket Bermula RM75!

by Naddy Joe
March 24, 2023
Mas Khan Kecewa Dengan Layanan Gerai Burger ‘Viral’?-“Diorang Punyalah Langsi…”
Gossip

Mas Khan Kecewa Dengan Layanan Gerai Burger ‘Viral’?-“Diorang Punyalah Langsi…”

by Naddy Joe
March 24, 2023
Tak Mahu Bawa Anak-Anak Berjumpa Ira Kazar, Syamsul Yusof Akui Belum Sampai Hati Bawa Jumpa Mak Tiri
Gossip

Tak Mahu Bawa Anak-Anak Berjumpa Ira Kazar, Syamsul Yusof Akui Belum Sampai Hati Bawa Jumpa Mak Tiri

by Puteri Alia
March 23, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Lucu! Netizen Terhibur Sajat Gelak Dengar Suara Sendiri -“Aduhh Suara Tak Kepit Habis…”

  2. 2

    “Sebab Ira Kazar Je Semua Gaduh” -Syamsul Yusof Warning Aaron Aziz, Caprice Dan Farid Kamil Jangan Melampau!

  3. 3

    Sudah Tidak Tinggal Sebumbung, Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi

  4. 4

    Sharnaaz Ahmad Tak Lekang Memuji-Muji Bekas Isteri Noor Nabila, Mungkinkah Keluarga Ini Kembali Bersatu?

  5. 5

    Peminat Bimbang Meerqeen ‘Trauma’ Selepas Buat TikTok Dengan Ratu Farah Diva?-“Muka Terpaksa..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan