Jangan ingat sebelum PKP sahaja berlakunya pembelian panik di Malaysia, rupanya sampai sekarang pun masih berlaku lagi. MURAI MY sempat meninjau Halaman Facebook 我们是马来西亚人 We are Malaysians yang berkongsi video apa yang berlaku di TCE Baby Expo baru-baru ini di Mid Valley, Kuala Lumpur. Dalam video itu memaparkan orang ramai bergelut dan berebut-rebut antara satu sama lain untuk mengambil bungkusan barangan yang ditawarkan.
Agak mengejutkan, pengunjung di situ itu benar-benar dilihat bertolak-tolak antara satu sama lain ketika mereka mengambil barangan di dalam rak yang didakwa telah ditawarkan pada harga yang rendah. Tidak dapat dipastikan apakah bungkusan yang mereka rebutkan.
Namun agak menyedihkan, terlihat salah seorang wanita bergelut dengan orang ramai membawa bayi bersamanya.
Walaupun ramai yang telah mengecam mereka yang membuat pembelian panik ini, namun ada yang mendakwa sekumpulan pembeli dalam video itu merupakan ‘reseller’. Di mana mereka berebut untuk dapatkan jumlah barang yang banyak untuk dijual semula kepada orang lain. Atau mungkin dikalangan ‘Scalper’ yang menjual barang itu semula dengan harga yang lebih tinggi.
Anda boleh lihat video di sini;
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.