Di laman TikTok baru-baru ini tular dengan video lama yang menyaksikan seorang lelaki menyertai pertandingan nyanyian pada era 70-80an. Yang menjadi perhatian netizen, lelaki itu mirip pengarah filem yang terkenal Allahyarham Yasmin Ahmad. Akaun TikTok yang dimiliki oleh pelakon teater ini gemar menyiarkan sedutan drama dan nyanyian artis lama.
Dia menyatakan penyanyi tersebut merupakan Zulkifli Ahmad yang memenangi tempat dalam Bakat TV.
“Wajahnya mirip ikon filem Malaysia Allahyarham Yasmin Ahmad. Ini adalah penyanyi Zulkifli Ahmad yang memenangi tempat dalam Bakat TV . Cara nyanyiannya sungguh memikat dan menarik sekali”- tulisnya akaun TIkTok ini.
Diruangan komen ramai yang terkejut selepas mendapat tahu kisah lampau pengarah filem yang terkenal menerusi filem Sepet, Talentime dan Gubra ini. Ada di antara mereka yang tidak menyangka dahulu Yasmin Ahmad dikenali dengan nama Zulkifli Ahmad.
Tinjauan kami, salah seorang netizen mendakwa Yasmin Ahmad dilahirkan sebagai seorang khunsa dan telah memilih untuk menjadi seorang wanita. Mungkin benar atau mungkin gosip ini hanyalah rekaan mereka-mereka yang ingin sengaja mencetuskan kontroversi.
Dalam pada itu, ada di kalangan netizen yang tak bersetuju pemilik akaun ini berkongsi dan mendedahkan aib orang lain, lebih-lebih lagi kepada seseorang yang sudah meninggal dunia.
Apa-apapun, arwah antara pengarah filem yang terhebat di Malaysia, alfatihah untuk allahyarhamah Yasmin Ahmad, semoga di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.