Filem yang diadaptasi dari kisah benar seakan-akan mempunyai ‘roh’ tersendiri hingga mampu mengikat para penonton untuk terus mengikuti alur cerita filem dari awal hingga akhir.
Tayangan Pada 20 November Ini
Mengisi slot Screen On 2 di TV2, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan filem “Nail Polish” pada 20 November ini, pukul 9.00 malam.
Filem ini mengetengahkan kisah benar tertumpu kepada pembunuhan kanak-kanak migran dan perkara yang berlaku di sebalik pintu keadilan di mana kes itu berlaku.
Menyentuh Isu Undang-Undang
Diangat daripada kejadian kisah benar, filem menyentuh isu undang-undang arahan Bugs Bhargava Krishna ini berkisar tentang DCP Sunil Sachdev (Sameer Dharmadhikari), yang terjumpa bukti anak pekerja asing diculik, dibunuh dengan mayat mereka dibakar.
Ini membawanya kepada suspek yang tidak dijangka, bekas pegawai Tentera Veer Singh (Manav Kaul), yang bekerja sebagai pengintip yang menyamar.
Banyak Lagi Kes Yang Akan Terbongkar
Ini membawa mereka ke perbicaraan mahkamah di mana drama itu berlangsung. Dan perubahan yang tidak dijangka dalam kes itu membuktikan bahawa terdapat lebih banyak perkara daripada yang dapat dilihat.
Namun bagaimanakah kesudahan cerita ini? adakah keadilan dapat ditegakkan atau pun peranan duit dapat mengaburi mata seseorang daripada menyatakan kebenaran? Ikuti kesudahannya di TV2.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.