“Cantik tak terkata.” Itulah kata-kata penulis bila melihat Taylor Swift di Anugerah Grammy 2023. Fizikal tinggi lampai yang kurus, rambut bangs, dengan busana serba biru berkilauan, dan anting-anting signature. Wow, memang layak bergelar best dressed.!
Miss Murai terpanggil untuk mengulas sedikit tentang anting-anting besar yang dipakainya. Katanya dibuat khas untuk Taylor sahaja, tiada di tempat lain. Rekaan pula mengambil rujukan album Taylor berjudul ‘Midnights’.
Taylor Swift berkilauan dalam set permata Lorraine Schwartz yang dilaporkan berharga hampir US$3 juta. Dipasangkan dengan dress Roberto Cavalli warna biru tua yang menyerupai langit malam, seperti tajuk albumnya ‘Midnight’. Selain busana, anting-anting turut mencuri tumpuan netizen.
Menurut Lorraine Schwartz, anting-anting empat persegi berbentuk ketupat itu bernilai 136 karat yang terdiri daripada gabungan beberapa permata. Ada nilam ungu, paraiba dan berlian.
Tidak hairanlah, Lorraine telah menetapkan harga anting-anting itu sehingga US$3 juta atau sekitar RM12 juta>.
Ditambah dengan cincin nilam dan berliannya, penyanyi lagu Anti-Hero menyajikan netizen dengan fesyen yang memukau sekali.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.