Rasa macam nak ubah deko rumah? Dah bosan dengan deko yang sedia ada? Kalau boleh mahukan deko rumah yang mengetengahkan konsep natural alam semula jadi yang menenangkan.
Perkenalkan IKEA x Marimekko! IKEA dan syarikat reka bentuk Finland, Marimekko berganding bahu meraikan ritual penjagaan diri dengan koleksi edisi terhad, BASTUA. BASTUA terdiri daripada pelbagai produk, baik perabot mahupun objek kaca serta tekstil dalam cetakan dan corak yang berinspirasikan Nordic.
‘BASTUA’ merupakan satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan sauna di Småland, iaitu wilayah di selatan Sweden yang menjadi tempat IKEA diasaskan.
Ini yang Miss Murai suka pada koleksi BASTUA
Corak yang berani dan cantik yang ditonjolkan dalam koleksi BASTUA mencerminkan alam semula jadi dan landskap Finland.
Salah satu cetakan yang mencuri perhatian termasuk daun rhubarb hiasan gergasi yang biasanya tumbuh di sebelah pondok sauna di Finland. Motif ini digunakan dalam kebanyakan item koleksi IKEA termasuklah beg FRAKTA yang ikonik.
Koleksi ini terdiri daripada pelbagai barangan termasuklah, jubah, tuala dan baldi sauna yang digunakan di sauna, kusyen lantai untuk memberi keselesaan, lilin untuk menyegarkan ruang dengan haruman bunga elder, meja sisi klasik sebagai pelengkap ruang dan beberapa lagi.
Koleksi BASTUA boleh didapati di IKEA Damansara, IKEA Cheras dan IKEA Batu Kawan dari 2 Mac, dan secara dalam talian di IKEA.my mulai 6 Mac.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.