“She’s lucky to have you too. Not all men are like you treat the wife with a sincere heart. True love is hard to find too” – kata netizen
Di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita hebat di belakangnya yang sentiasa memberikan sepenuh dorongan dan sokongan tanpa berbelah bahagi.
Baik suami mahupun isteri, kedua-duanya haruslah saling melengkapi dimana suami seharusnya menyokong serta memberi tunjuk-ajar kepada isteri dan sebegitulah si isteri sentiasa ada di belakang suaminya.
Memuat naik video di halaman Instagram miliknya, bekas legenda badminton, Datuk Lee Chong Wei meluahkan rasa bersyukur serta menghadiahkan setinggi-tinggi penghargaan kepada isterinya, Datin Wong Mew Choo atas segala sumbangan yang diberikan bersempena hari wanita sedunia baru-baru ini.
Dalam video yang dikongsikan itu, ternyata isteri tercinta beliau, Datin Wong Mew Choo nyata tidak dapat menahan diri dari mengalirkan air mata selepas mendengar kisah jerih perih dilalui Chong Wei sepanjang kariernya bergelar seorang pemain ketika majlis pelancaran patung lilin bekas pemain perseorangan nombor satu dunia itu minggu lalu.
“Saya melihat video berkenaan dan tiba-tiba hati saya luluh dan menangis. Apa lagi yang saya perlukan dalam hidup ini apabila saya memiliki wanita ini” – luah Chong Wei
Menurut Chong Wei, dia merasa luluh apabila melihat video itu sehingga dikatakan mengalirkan air mata selain amat bersyukur atas kehadiran Mew Choo dalam hidupnya.
“Terima kasih Mew Choo dan saya adalah lelaki paling bertuah di dunia ini. Sayang kamu 10,00 tahun. Kepada semua wanita di luar sana selamat hari wanita sedunia” kata Chong Wei
Mengimbau kembali liku-liku kehidupan serta onak duri yang diranjau bersama, pasangan ini dikatakan tidak merentan malah sebaliknya membangkitkan kekuatan emosi dan spiritual antara satu sama lain sehingga menjadi legenda sukan yang dikenang sehingga hari ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap kasih sayang yang dipamerkan pasangan hebat ini sehingga ada yang memesan kepada legenda ini untuk terus mencintai isterinya sehingga ke hujung nyawa.
Sweet sungguh pasangan suami-isteri ini!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.