Siapa yang melihat seluruh koleksi UNIQLO Musim Bunga/Panas 2023, pasti akan rasa teruja nak beli semua item!
Miss Murai memang love sangat koleksi terbaru UNIQLO kali ini. Koleksi Musim Bunga/Panas 2023 ini menampilkan warna-warna yang ceria; fabrik yang sejuk dan selesa, motif serta corak yang comel dan sesuai untuk setiap peringkat umur.
Apa yang Miss Murai suka tentang koleksi ini, UNIQLO menampilkan barisan item yang ringkas dan tidak rumit untuk kamu gayakan sepanjang musim. Daripada gaun, sweatshirt, seluar jeans, t-shirt, kemeja hingga ke jaket, semuanya dihasilkan dalam potongan yang moden dan praktikal sesuai dengan tahun 2023.
UNIQLO U
Kalau perhatikan dalam barisan UNIQLO U, kebanyakan itemnya berfokuskan pada earth tone seperti coklat, mustard, hijau, kelabu hingga ke biru. Dan fabriknya pula ada pleated, kapas, nylon, serta linen.
UNIQLO LifeWear
Rasanya barisan ini akan jadi kegemaran ramai orang kerana ia memberikan vibe yang lebih moden dan minimalist. Mix and match seluar pendek dengan sweater vest, pakaian kerja atau pakaian kasual, semuanya pasti akan buatkan penampilan kamu nampak lebih bergaya!
UNIQLO X JW Anderson
Untuk barisan JW Anderson pula, Miss Murai memang tertarik melihat setiap item yang dipamerkan. Daripada warna ceria, pastel hingga ke bold, semuanya nampak menarik dan segar kalau gayakan semasa musim bunga atau panas.
Kalau tanya padanan kesukaan Miss Murai, sudah semestinya front tie top, bralette dan seluar hitam bersama sneakers!
UNIQLO X Ines de la Fressange
Bagi koleksi ini pula, Ines de la Fressange menampilkan beberapa cetakan dan corak dengan warna yang lebih segar serta baru.
Feeling vibe ala-ala wanita Perancis, daripada cetakan kotak-kotak hingga ke bunga-bunga kecil; kalau kamu nak mix and match setiap helai pakaiannya pun boleh kerana ia tidak nampak serabut dan berat.
Keseluruhan koleksi ini boleh dibeli di semua kedai UNIQLO atau secara talian. Happy shopping!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.