Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Oh No Vagina Saya Berbau? Ini Mungkin Faktor Penyebabnya…

by Lisa Ghani
March 21, 2023
Foto - Dr.Doc

Foto - Dr.Doc

Share on Facebook

Tahukah kamu bau yang tidak menyenangkan yang datang dari bahagian intim wanita adalah normal. Jangan kamu risau tak bertempat pula. Walau bagaimanapun, bau tersebut adalah berbeza bagi setiap individu.

Kamu mungkin tidak perlu memberi terlalu perhatian bila vagina berbau, tetapi jika kamu menyedari sesuatu yang berubah, mungkin ada baiknya kamu pergi berunding dengan doktor.

Kenapa vagina berbau? Seperti yang penulis beritahu awal-awal, setiap vagina mempunyai bau semula jadi yang berbeza bagi setiap orang.

Apabila kamu tidak dalam tempoh haid, bau vagina digambarkan sebagai “musky” atau “fleshy”. Namun, semasa dalam haid, ia boleh berbau seperti besi atau logam. Dan kadang-kadang berubah ketika kamu baru melakukan hubungan kelamin.

Jika kamu menghidu bau yang kuat dan bukannya bau yang biasa, ada kemungkinan vagina kamu bermasalah. Lagi pula bila warna berubah secara drastik, kamu rasa gatal dan iritasi. Di sini, Miss Murai nak huraikan bau vagina berbeza bergantung pada senario.

Dalam haid

Foto – Pinterest

Ketika kamu dalam haid, vagina kamu bau berbeza kerana darah. Jadi wajar kalau vagina berbau lebih kuat lebih tengik. Apabila kitaran haid kamu selesai, mungkin bau yang kuat itu akan hilang dengan sendirinya.

Baru saja melakukan hubungan seks

Seks boleh mempengaruhi bau vagina, kerana begitu banyak cecair badan bercampur semasa hubungan seksual, termasuk peluh. Perkara ini berlaku terutamanya jika kamu dan pasangan tidak menggunakan kondom. Vagina kamu mungkin berbau peluntur jika menggunakan kondom atau lube. Mandi yang panjang dapat menghilangkan bau itu.

Kamu baru bersenam

Senaman membuat kamu berpeluh dan kadang-kadang kawasan itu mengeluarkan bau sedikit musky daripada biasa. Tapi jangan risau kerana mandi boleh menghilangkan bau tersebut.

Pakai seluar dalam yang salah saiz

Foto – Fashion Magazine

Tak sangkakan kerana seluar dalam, vagina kamu boleh mengeluarkan bau. Seluar dalam yang ketat dapat memerangkap panas dan kelembapan yang mempengaruhi keseimbangan bakteria di dalam vagina kamu.

Ada jangkitan

Sekiranya kamu mencium sesuatu yang mencurigakan, ada kemungkinan kamu mengalami vaginosis bakteria. Ini adalah jangkitan yang berlaku apabila keseimbangan semula jadi bakteria sihat dan tidak sihat di dalam vagina anda dibuang oleh bakteria buruk yang terlalu banyak.

Ini juga boleh menjadi trichomoniasis, jangkitan seksual (STI), yang disebabkan oleh parasit. Gejala lain termasuk pelepasan dengan warna yang berbeza (kuning, hijau, putih, atau kelabu), kemerahan, gatal-gatal, dan terbakar.

Penyakit radang pelvis

Menurut Mayo Clinic, penyakit ini berlaku apabila bakteria kelamin dibiarkan tidak dirawat dan kemudian merebak dari vagina ke organ pembiakan anda (rahim, fallopian tubes, atau ovari). Gejala boleh ringan, tetapi yang paling biasa adalah pelepasan berbau busuk. Sebilangan wanita juga mengalami sakit pelvis.

Sekiranya bau vagina tidak hilang dan berlarutan dalam seminggu, berjumpalah dengan doktor.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
masalah vagina berbauvagina
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gegata Kronik CSU
Kesihatan

Bukan Sekadar Alahan Atau Ruam, Kamu Mungkin Hadapi Gegata Kronik!

by Nurul A.
October 13, 2026

Pernah tak kamu terjaga tengah malam kerana kulit menjadi sangat gatal secara tiba-tiba dan dipenuhi dengan gegata, tetapi bila berjumpa...

Read moreDetails
Foto - LAC Community x FemFamm
Kesihatan

Pink October: LAC Community x FemFamm Ingatkan Wanita Pentingnya Pemeriksaan Awal

by Nurul A.
October 28, 2026

Menurut kajian kebangsaan yang diterbitkan dalam BMC Public Health pada tahun 2023, 7 daripada 10 wanita Malaysia berusia 40 tahun...

Read moreDetails
dr zulkifli
Kesihatan

Dr Zulkifli Perjelas Hukum Derma Organ Dalam Islam & 7 Syarat Yang Perlu Dipatuhi

by Nurul A.
November 20, 2026

Kisah Allahyarham Muhammad Aidil Ahmad Zupardi secara tidak langsung membuatkan isu pendermaan organ kembali menjadi perhatian ramai. Susulan itu, bekas...

Read moreDetails
Kanser Payudara
Kesihatan

Jangan Lalai! Wanita Wajib Tahu 3 Situasi Ini Tanda Awal Kanser Payudara

by Nurul A.
October 7, 2026

Jatuh pada bulan Oktober setiap tahun, Bulan Kesedaran Kanser Payudara diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran; menunjukkan sokongan dan solidariti bagi...

Read moreDetails
Burnout
Kesihatan

Badan & Mental Rasa Sangat Lesu? 5 Cara Untuk Kamu Atasi Burnout

by Nurul A.
October 12, 2026

Pernah tak dalam satu-satu masa, kamu rasa seperti emosi, fizikal dan mental menjadi sangat letih? Atau rasa tertekan sangat? Hati-hati...

Read moreDetails
RAMBUT BASAH
Kesihatan

Kerap Tidur Dengan Rambut Basah? Hati-Hati, Kamu Mungkin Hadapi 4 Masalah Ini

by Nurul A.
October 20, 2026

Kamu pernah tidur dalam keadaan rambut masih basah? Percayalah, ramai di antara kita yang kerap tidur dengan rambut yang basah...

Read moreDetails
berat badan
Kesihatan

Tengah Tidur Pun Berat Badan Boleh Turun, Nak Tahu Caranya?

by Nurul A.
October 14, 2026

Rasanya semua orang tahu, nak turunkan berat badan bukannya senang dan ianya adalah satu proses yang lama serta susah. Jadi tak...

Read moreDetails
Pil Perancang Otak Wanita Kecut
Kesihatan

Betul Ke Pil Perancang Boleh Kecutkan Otak Wanita?

by Nurul A.
November 25, 2026

Berdasarkan satu kajian, penyelidik mengatakan tak mustahil pil perancang boleh kurangkan saiz hypothalamus (sebahagian otak). Ramai yang tahu pil perancang...

Read moreDetails
Strok Kanak-Kanak
Kesihatan

Bukan Golongan Emas Sahaja, Kanak-Kanak Pun Boleh Terkena Strok

by Nurul A.
October 20, 2026

Apabila bercakap mengenai pesakit strok, kebanyakan orang akan terfikir tentang golongan emas dan bukannya kanak-kanak Malah, kebanyakan ibu bapa tidak...

Read moreDetails
Air Kosong
Kesihatan

Biar Berpada-Pada, Minum Air Kosong Berlebihan Boleh Datangkan Bahaya Ini…

by Nurul A.
October 11, 2026

Selalunya kita akan dengar yang pakar sarankan setiap individu meminum sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter air sehari. Ini kerana...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  3. 3

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  4. 4

    Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

  5. 5

    Diet Tembikai Boleh Hilangkan Perut Buncit Dalam Seminggu?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara