Friday, September 29, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Warganet Seram Tengok Tangan Che Ta Berurat Macam Orang Tua, Peminat Pula ‘Backup’ Itu Tangan Orang Kerja Kuat!

by Puteri Alia
May 2, 2023
5.8k
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya yang begitu ‘glamour’ dan menyerlah! Malah ramai wanita diluar sana mengagumi Che Ta yang tetap nampak muda meskipun usia sudah mencecah 50 tahun.

Bagaimanapun, Rozita Che Wan kini seringkali tampil di video untuk barangan inai miliknya iaitu Inai Che Ta.

Oleh yang demikian dia sering selalu menayang tangannya, namun ada pulak pihak yang mula berkata tentang urat-urat yang timbul di tangannya itu.

Baru-baru ini, gambar Che Ta telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok beserta kapsyen gambar yang meluahkan bahawa dia seram melihat tangan selebriti ini yang berurat timbul.

Menjengah ke ruangan komen akaun terbabit, rata-rata peminat Che Ta membidas perkongsian terbabit dengan memberitahu bahawa ianya membuktikan bahawa pelakon berusia 50 an ini sudah bekerja kuat.

Terdahulu, memetik sebuah laporan, Che Ta pernah mengakui bahawa tangannya bukanlah berkedut-kedut sebaliknya urat yang jelas kelihatan kerana dirinya tidak mempunyai banyak isi.

Bahkan Che Ta juga memilih untuk menua secara semula jadi dan menolak sebarang suntikan kecantikan semata-mata kerana mahu kelihatan muda.

Jelas Che Ta, semestinya seorang wanita pada usia 50 tahun secara semula jadi akan mula berhadapan masalah kedut, namun itu bukan perkara yang perlu ditakutkan.

“Saya tahu usia hampir mencecah 50 tahun. Saya terima kalau ada orang cakap muka sudah ada kedut. Normal untuk orang seusia saya. Itu lebih baik daripada usia 30 tahun, tapi orang kecam wajah macam 50 tahun.

“Saya memilih untuk menua secara semula jadi. Tak mahu cucuk sana sini. Saya lebih pentingkan kesihatan. Alhamdulillah, saya masih sihat tubuh badan dan boleh bekerja,” katanya.

Sebelum ini, Che Ta menerima kecaman segelintir warganet yang membangkitkan isu kedut pada wajahnya dalam satu gambar yang dimuat naik di sebuah blog, baru-baru ini.

Che Ta juga mendedahkan, dia tidak menjamah sebarang makanan proses selama 15 tahun untuk mengekalkan saiz tubuhnya.

“Saya kurang minum air kosong, sebaliknya lebih memilih air manis. Mungkin sebab saya aktif, tak pernah duduk diam, kesihatan saya masih baik. Dulu sebelum kahwin dengan Zain, saya buat sit up sebanyak 400 kali.

“Saya juga akan menjalani pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan. Alhamdulillah, semua okey,” katanya.

Bagaimanapun, ramai yang memuji Che Ta tetap kekal cantik serta mengatakan isteri kepada Zain Saidin itu tetap menawan meskipun sudah berusia.

What’s your Reaction?
+1
24
+1
15
+1
5
+1
17
+1
7
+1
5
+1
5

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER che ta
Share2331Tweet1457SendShareShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Noor Nabila Akhirnya Buka Mulut Isu Cerai-“Sepatutnya Kita Pasangan Suami Isteri…”

  2. 2

    [VIDEO] “Saya Nak Tidur Dengan Tenang, Itu Jer”- Khairul Aming

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terpukau Lihat Kereta Terbaru Ameera Khan-“Mummy & Daddy Hadiahkan BMW i7”

  4. 4

    Anzalna Nasir Terpaksa Dirawat Di Pusat Perubatan, Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa!

  5. 5

    Aishah Peroleh Markah Kedua Tercorot Di GV 23 All Stars-“Ada Beberapa Perkara Saya Kena Teliti…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan