Penyanyi dan usahawan kosmetik sensasi iaitu Dato’ seri Vida sering mendapat perhatian ramai. Pasti satu Malaysia mengenali Dato Vida menerusi produk-produk kecantikkannya dan lagu-lagunya yang sentiasa tular.
Dati Vida sering membuat live di media sosial miliknya sebagai inisiatif untuk melebarkan lagi perniagaannya serta untuk beramah mesra bersama peminat serta pengikut media sosialnya.
Selain Dato Vida, anak perempuanya iaitu Cik B sering juga mendapat perhatian ramai. tidak kira usia pasti akan mengenali Cik B kerana telatahnya yang sangat ‘sporting‘ membuatkan ramai yang senang dengannya.
Suara Cik B Lagi Sedap Dari Mak Dia, Kata Netizen!
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman tiktok milik Cik B yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan meraih 451 ribu jumlah tontonan, 33 ribu tanda suka dan komen sebanyak 1 ribu.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Cik B dan DSV berada di tepi pantai sambil menyanyikan lagu. Cik B menyanyikan lagu ‘anak kampung’ nyanyian asal dari Jimmy Palikat. Namun apa yang mencuit hati netizen adalah lirik yang dinyanyikan oleh Cik B serta dibetulkan oleh DSV.
“Aku ini anak orang miskin tiada apa-apa”-nyanyi Cik B
“Kaya lahh”-Jawab DSV
“Aku anak kampung tiada apa-apa”-nyanyi Cik B
“Heyyy! Bandar lah”-jawab DSV
@cikb_havoc Sing along Anak Kampung dengan Cik B! #anakkampung #semporna #tiktokmalaysia #singalong
Rata-rata netizen memuji suara Cik B dan terhibur dengan telatah DSV yang mencuit hati.
“Wah Cik B nyanyi tak cringr walaupun bukan sabahan. Terbaikkkk”
“Sedap suara Cik B”
“Hebat Cik B tapi paling suka Datuk di belakang, mama terbaik sporting dan selalu tunjuk sayang sama anak2”
“Yang pasti suara Cik B lagi sedap dari suara mak dia”-tulis mereka
Apa-apa pun, Cik B sememangnya boleh menyanyi. Semoga lepas ini Cik B akan serlahkan lagi bakat yang ada pada dirinya itu.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.