Siapa yang tidak menegnali Cik B atau nama sebenarnya adalah Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang sering meraih perhatian daripada orang ramai. Cik B juga seorang yang sering menghiburkan ramai orang dengan video-video kontennya yang dimuat naik di laman media sosial miliknya.
Anak kepada usahawan kosmestik sensasi itu, Dato’ Seri Vida, kelihatan sering meluangkan masa bersama ibunya di rumah. Netizen pasti tidak kering gusi apabila melihat gelagat anak-beranak ini membuat video bersama
Suka Tengok Cik B Sangat Matang!
Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial tiktok milik @quputeh tomatohq yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.1 juta, 71.3 tanda suka dan komen sebanyak 1 ribu.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Cik B pergi ke suatu tempat yang dipenuhi anak-anak berkemungkinan di rumah anak yatim. Sebelum Cik B bersalaman untuk mencium tangan serta memeluk dengan mereka, Cik B bertanyakan umur kerana khawatir yang dicium tangan adalah yang lebih muda darinya.
@quputehtomatohq tanya umur dulu 😂 #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandafypツ #masukberandagak #jeragathilang #masukberandagak #settomato #tutorial #masukfypmu #fypdongggggggg #masukberandafyp
♬ original sound – EMPAYAR DATO SERI VIDA – EMPAYAR DATO SERI VIDA
Rata-rata netizen memuji sikap Cik B, walaupun dia berkemampuan namun masih merendah diri.
“Dia takut orang yang tua pulak cium tangan dia”
“Dia Tanya umur sebab dia nak tahu , kalau tua dia hormat salam n cium tangan, kalau sebaya salam n peluk je, respek Cik B”
“Baguih Cik B walaupun kaya tapi tak sombong, didikan yang sangat baik”-kata mereka
Apa-apa pun, tidak kira apa pun status kita, menhormati satu sama lain adalah yang perlu diterapkan di dalam diri masing-masing.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.