Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Caprice Tidak Lagi Mahu Komen Isu Poligami, Netizen Terhibur!-“Beras Kita Beli…”

by Naddy Joe
August 23, 2023
Share on Facebook

Topik poligami masih menjadi bualan ramai dalam kalangan netizen selepas tular satu video seorang pempengaruh media sosial yang mengumumkan bahawa dirinya berkahwin lagi.

Isu berkenaan turut menarik perhatian netizen memetik nama penyanyi rap, Caprice yang sering memberikan ulasan terhadap berita atau isu yang ‘trending’ di media sosial.

Mahu Hidup Dengan Tenang

Walaubagaimanapun, Caprice menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa dia tidak mahu memberikan sebarang ulasan terhadap isu poligami disebabkan mahu meneruskan kehidupan dengan tenang.

“Tolonglah jangan tag Caprice dekat berita ni. Tak nak komen. Minta maaf. Cap nak hidup tenang. #selamatkanrumahtangga.”-kapsyen Caprice di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

“Cap Bukan Takut Bini…”

Hantaran Caprice turut dibanjiri dengan komen netizen yang berseloroh menyifatkan penyanyi rap tidak mahu mengulas isu poligami kerana tidak mahu isterinya penat berleter sambil berulang-alik ke dapur.

“Terngiang-ngiang ayat ‘baca fatihah pun tak betul’ ?.”

“Saya sebagai wanita dan isteri sokong bini Cap.”

“Cap bukan takut bini. Cuma dia taknak bini dia penat membebel sambil ulang-ulang ke dapur haha.”

“Abang Tesla punya pasal Abang Topi yang makan beras ?.”

“Beras dah jadi nasi tu bini yang masak ?. Silap masak boleh mentah.”

Caprice sebelum ini pernah berkongsi video dirinya memberikan ulasan terhadap isu Abang Tesla yang berkahwin dua. Penyanyi rap ini berpendapat tindakan suami untuk berkahwin lagi tidak menjadi satu kesalahan, namun tidak seharusnya dijadikan sebagai konten di media sosial.

Video berkenaan turut mencetuskan kemarahan isterinya, Farra Inalis yang bengang dengan tindakan suaminya yang ‘backup’ tindakan pempengaruh media sosial itu berpoligami.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
caprice
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  5. 5

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara