Sebelum ini, pelakon dan usahawan, Betty Rahmad sering berkongsi setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak lelaki tunggalnya, Ardy Wira di laman sosial.
Ardy Wira Pertama Kali Laung Azan
Terkini, Betty menerusi hantaran di Instagram, dilihat berkongsi momen Ardy Wira yang pertama kali melaungkan azan biarpun usianya hanya empat tahun 10 bulan.
“MasyaAllah Tabarakallah. Segala puji bagi Allah SWT. Wira’s first azan. #ardywira #4tahun10 bulan.”-kongsi Betty di Instagram
“Beruntung Mommy & Daddy Dikurniakan Anak Soleh…”
Perkongsian Betty telah mencetuskan rasa terharu di kalangan netizen serta rakan selebriti melihat kelancaran Ardy Wira dalam melaungkan azan, malah ramai yang menitipkan doa buat anak lelaki kepada Betty dan Ardy Damis agar dapat menjadi anak yang soleh .
“MasyaAllah anak soleh ❤️.”-Fazura
“aywaaaaaa👏👏👏 Barakallahu fik! future bilal masjidil haraam.”-Alif Satar
“MasyaAllah… anak soleh ❤️.”-Datin Paduka Umie Aida
“Masha Allah, asbab Daddy dia banyak korban utk agama, Allah bagi faham kat anak ❤️.”
“Beruntunglah mommy dan daddy dikurniakan anak soleh . Tahniah buat keduanya kerana berjaya mendidik Wira dgn asas agama dan sahsiah yg baik.”
“Allahu Akbar…bijak anak nie…dah tahu bgmana didikan ibu ayahnya…tentulah agama yg diberatkan….”
“Well done Wira, mommy & daddy, semoga menjadi nak yang soleh 😍.”
Sekadar info, Betty Rahmad mendirikan rumah tangga dengan Ardy Damis pada 4 Februari 2018. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ardy Wira yang kini berusia empat tahun.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.