Pelancaran 4 lagu bersama video muzik dalam tempoh setahun adalah sesuatu yang luar biasa bagi industri muzik tempatan.
MOJO Cipta Sejarah Melalui EP Terbaru
Sejak penggabungan semula setahun yang lalu, MOJO telah mencipta sejarah dengan melancarkan 4 single dan video muzik menerusi pengeluaran EP terbaru mereka berjudul “CODA”.
Kemunculan MOJO menerusi lagu comeback berjudul “Superstar” berjaya mendapat sambutan luar biasa bukan sahaja di Malaysia tetapi negara jiran seperti Singapura, Brunei, Indonesia serta United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Menerusi “Korbankan Kita”, MOJO yang terkenal dengan “power ballad”, sekali lagi membuktikan kehebatan mereka menguasai carta-carta radio dan televisyen sehingga berjaya layak ke peringkat separuh akhir Muzik- muzik.
Menampilkan Empat Buah Lagu
“CODA” adalah bahasa Itali yang bermaksud “penamat” menampilkan 4 buah lagu. Dua lagu iaitu “Superstar” dan “Korbankan Kita” telah dilancarkan pada tahun lalu sementara video muzik “Derhaka”, single ke-3 MOJO telah dilancarkan pada 2 Februari 2024.
Kini, video muzik “Takdirku” yang merupakan lagu terakhir dan pelengkap album “CODA” telah dikeluarkan pada 19 Februari 2024.
Lagu “Takdirku” meneruskan tradisi MOJO dengan acuan “modern rock” mereka telah dicipta secara bersama oleh Edry dan Denny.
Memandangkan Edry menetap di Manchester, England, keempat-empat video muzik ini telah menjalankan penggambaran secara serentak pada bulan Februari 2023 sementara penceritaan setiap video muzik telah dibuat di lokasi dan waktu berbeza.
Teruja Dengan Penyatuan Semula
Menurut Aweera, dia teruja dengan penyatuan semula anggota MOJO yang menampilkan barisan pemuzik asal bagi meneruskan legasi muzik rock tempatan.
Menurut Edry, “Keputusan untuk menampilkan “CODA” sebagai judul album amat bertepatan sebagai catatan terakhir untuk peminat.
Sementara itu Denny pula menganggap album “CODA” umpama sebuah karya dari jejak kasih MOJO yang sempat terputus dan ada sejuta cerita didalam perjalanan hidup tertuang dalam lirik dan lagu.
Kepulangan Semula
Johar juga menyifatkan EP “CODA” sangat sentimental buat dirinya kerana ia menggambarkan kepulangan mereka selepas berehat daripada rehat yang singkat.
EP “CODA” format CD telah pun berada dipasaran dan boleh diperolehi menerusi laman web www.kru2u.com. Album “CODA” juga kini berada di kesemua platform penstriman digital manakala video muziknya boleh di tonton di saluran YouTube KRU Music dan MOJO.
Untuk maklumat lanjut mengenai MOJO, sila layari dan like akaun YouTube, Instagram, Tik Tok, Facebook, Telegram dan Twitter MOJO.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.