Penyanyi dan usahawan kosmetik sensasi iaitu Dato’ seri Vida sering mendapat perhatian ramai. Pasti satu Malaysia mengenali Dato Vida menerusi produk-produk kecantikkannya dan lagu-lagunya yang sentiasa tular.
Dato Vida sering membuat live di media sosial miliknya sebagai inisiatif untuk melebarkan lagi perniagaannya serta untuk beramah mesra bersama peminat serta pengikut media sosialnya.
Selain Dato Vida, anak perempuanya iaitu Cik B sering juga mendapat perhatian ramai. tidak kira usia pasti akan mengenali Cik B kerana telatahnya yang sangat ‘sporting‘ membuatkan ramai yang senang dengannya.
“Ramai Yang Sakit Lepas Makan Salji”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Dato Seri Vida yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 495 ribu, tanda suka sebanyak12 ribu dan sebanyak 599 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Dato Seri Vida yang berada di suatu tempat yang bersalji, lalu beliau memakan salji tersebut.
“Okay, ketagih makan salji la pulak! makan lagi makan lagi”-Kata Dato Seri Vida
@quputehtomatohq Sero lain raso last last tu 😂 #CapCut #masukberandamuu #foryoupageofficiall #dsvida #masukberandagak #fyppppppppppppppppppppppp #datoserivida #masukberandafypシ #masukfyppls
Rata-rata ramai yang terhibur melihat video berkenaan. Ada juga diantara mereka yang mengatakan bahawa mereka mengidam untuk memakan salji ketika sarat mengandung. Selain itu, ada juga yang memberi nasihat agar tidak sewenang-wenangnya untuk memakan salji kerana dikhuatiri tercemar.
Apa-apa pun, semoga kita semua diluaskan rezeki yang melimpah ruah serta peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.