Nur Zahirah Macwilson binti Zainol Macwilson atau lebih dikenali dengan nama Zahirah Macwilson, merupakan seorang pelakon dan model dari Malaysia. Zahirah menjayakan beberapa drama televisyen yang melonjakkan namanya diperingkat yang lebih tinggi.
Zahirah kemudian berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia iaitu Aiman Hakim Ridza selepas sama-sama digandingkan bagi membintangi satu drama yang membuatkan hubungan mereka semakin akrab. Selepas setahun mereka mendirikan rumah tangga, kemudia mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Isaac Raees.
“Isaac Buat Hal Apa Harini, Comel Sangat”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Zahirah Macwilson yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 432 ribu, tanda suka sebanyak 30 ribu dan sebanyak 86 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Zahirah Macwilson membuat reaksi wajah apabila anaknya Isaac Raees membuat perangai yang meletakkan barangan di tempat yang tidak sepatutnya. Namun reaksi Isaac Raees pula hanyalah tersenyum sehingga memaparkan kecomelan lesung pipitnya itu.
@zahirahmacwilson Sabar je lah..
Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Zahirah Macwilson patut gabungkan kesemua video-video mengenai anaknya yang membuat hal untuk disimpan buat tatapan pada masa akan datang.
Apa-apa pun, semoga Isaac Raees membesar menjadi anak yang taat dan berbakti kepada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.