Penyanyi dan usahawan kosmetik sensasi iaitu Dato’ seri Vida sering mendapat perhatian ramai. Pasti satu Malaysia mengenali Dato Vida menerusi produk-produk kecantikkannya dan lagu-lagunya yang sentiasa tular.
Dati Vida sering membuat live di media sosial miliknya sebagai inisiatif untuk melebarkan lagi perniagaannya serta untuk beramah mesra bersama peminat serta pengikut media sosialnya.
Selain Dato Vida, anak perempuanya iaitu Cik B sering juga mendapat perhatian ramai. tidak kira usia pasti akan mengenali Cik B kerana telatahnya yang sangat ‘sporting‘ membuatkan ramai yang senang dengannya.
“Mandarin Dia Better Dari Aku”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Dato Seri Vida yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 87 ribu, tanda suka sebanyak 6,893 dan sebanyak 162 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan DSV yang bercakap menggunakan bahasa mandarin dengan pelanggan ketika membuka booth di Sabah tempoh hari.
@datoserividaofficial TQ org Sabah Kota Kinabalu.. Borong Sakan.. Ramai Custemer beli banyak banyak.. Salmon Salted Egg @cikb_havoc66 @PAPPILON POPCORN HQ @PAPILON POPCORN HQ #fyp #fypage #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypdong #fypシ゚viral
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka tidak menyangka DSV sangat fasih berbahasa cina. Tambah mereka lagi, mereka kagum melihat usahawan seperti DSV yang bukan sahaja fasih berbahasa melayu malah bahasa lain juga.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.