Penyanyi dan usahawan kosmetik sensasi iaitu Dato’ seri Vida sering mendapat perhatian ramai. Pasti satu Malaysia mengenali Dato Vida menerusi produk-produk kecantikkannya dan lagu-lagunya yang sentiasa tular.
Dati Vida sering membuat live di media sosial miliknya sebagai inisiatif untuk melebarkan lagi perniagaannya serta untuk beramah mesra bersama peminat serta pengikut media sosialnya.
Selain Dato Vida, anak perempuanya iaitu Cik B sering juga mendapat perhatian ramai. tidak kira usia pasti akan mengenali Cik B kerana telatahnya yang sangat ‘sporting‘ membuatkan ramai yang senang dengannya.
“Dialah Mak, Dialah Ayah Jadi Tak Salah Cik B Nak Sambut Dua-Dua Dekat DSV”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Cik B yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.9 juta, tanda suka sebanyak 239 ribu dan sebanyak 1,505 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Cik B yang memberi kek kepada DSV sempena dengan sambutan hari bapa baru ini.
@cikb_havoc Happy fathers day mama ❤️
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan, mereka juga mengatakan bahawa mereka serba salah untuk ketawa apabila mendengar kata-kata Cik B itu. Tambah mereka lagi, DSV sangat berusaha keras untuk membesarkan anak-anaknya tanpa seorang suami di sisi, jadi tidak hairanlah jika Cik B berkata sedemikian.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.