Personaliti televisyen, Dr Say Shazril sebelum ini meluahkan rasa berang terhadap pembantu rumahnya yang bertindak membawa masuk dua lelaki ke dalam rumahnya ketika dia dan isteri berada di tingkat atas.
Terkini, Dr Say tampil bersuara selepas segelintir netizen menyifatkannya bersikap terlalu baik dengan pembantu rumah sehingga mereka sanggup bertindak sedemikian.
“Ada yang cakap saya baik sangat. Polisi maid Filipina dan maid Indonesia lebih kurang sama, cuma ramai followers yang komen kata diorang tak bagi phone, tak bagi cuti kepada maid Indonesia masing-masing.
Jadi it is a common sense for me to apply polisi maid Filipina kepada maid Indonesia. Apa-apa pun saya tak boleh hidup tanpa pembantu, cuma saya mendapat pengajaran dan saya harap korang tak kena macam saya.”-jelas Dr Say di Instagram
“Gaji Minimum Maid Lagi Tinggi Dari Local…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ramai yang berkongsi pengalaman mereka dengan pembantu rumah masing-masing.
“Gaji minimum maid lagi tinggi dari local. Even diorang dah ditanggung sepenuhnya makan minum, bil, sewa.”
“Jangan ambik konoha lagi doc. Banyak kes macam ni.”
“Kalau ya pun mereka nak berdating, go and hangout lah time off. Kenapalah kena bawa masa hari kerja dan masuk rumah.”
“Tapi pelik kalau diorang kerja dengan bangsa Cina bukan main dengar cakap dan tak berani buat hal pulak?.”
Apa komen anda?.”
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.