Pelakon, Pablo Amirul berjaya memecahkan rekod menghabiskan larian Solo Seniman Agung P. Ramlee bagi mengumpul dana untuk membantu rakan-rakan dalam industri seni yang terjejas sejak 23 September lalu.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh stesen radio Hot FM, turut memaparkan Pablo yang telah berlari selama tujuh hari berturut-turut sejauh 367 kilometer dari Penang sehingga ke Dataran Merdeka.
“Done 367km, 23 September yang lepas, Pablo Amirul dah mulakan misi Larian Seniman Agong untuk buat kutipan bantu seniman, selama 7 hari berturut-turut dari Penang hingga ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan berakhir semalam.”
“Aku Lebih Prefer If Dia Tunjuk Result Strava…”
Menjengah ruangan komen, kejayaan pelakon filem Polis EVO ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen, malah ada yang sempat meminta Pablo untuk berkongsi bukti larian yang dilakukannya itu.
“Aku lebih prefer if dia tunjuk result Strava. Tapi tak apa. Tak penting. Bukan nak race.”
“Beriya.”
“Betul la diorang yang aku nampak semalam. Lari sebelah kereta kita je. Ingatkan salah orang.”
“Tahniah Pablo! Teruskan usaha murni.”
“Tahniah Pablo. Kepada yang toxic attitude, anda amat memalukan. Antara kau bukan runner ataupun kau adalah beginner. Tak payah la minta Strava dan bukti bagai. Santai. Dia tak pernah claim pun yang dia runner. Tapi dia dah buat. Support je lah. Ucap tahniah. Cakap benda yang baik atau lebih baik diam.”
“Memang kena duduk atas batu tu ya?.”
“Ooo ni la yang saya nampak haritu kat Batu Kawan, tak tahu pula Pablo Amirul, tapi saya perasan yang lagi satu tu kat tt. Kepada abang yang prefer tunjuk Strava tu tak payah laa eh, ingat diorang nak kereta motorsikal ke sementara nak sampai.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.