Shukri Yahaya, pelakon tampan yang sering mencuri perhatian bukan hanya kerana lakonannya, tapi juga kerana sikap baik hati dan pemurahnya, baru-baru ini sekali lagi membuktikan mengapa dia begitu dihargai dalam industri.
Kalau sebelum ini, dia sudah biasa membelanja teman-teman dan kru makan, kali ini dia mengambil langkah lebih istimewa dengan memberikan hadiah kejutan kepada jurusolek (MUA) yang sering bekerjasama dengannya. Memang bukan calang-calang kejutan ini!
Wajah jurusolek tersebut jelas terpancar kegembiraan yang bercampur sayu saat menerima pemberian Shukri. Kalau dilihat, bukan harga atau jenis hadiah yang menjadi tumpuan, tetapi lebih kepada niat dan keikhlasan Shukri dalam menghargai orang-orang yang ada di sekelilingnya.
Tidak ramai yang sanggup melakukan perkara seperti ini, apatah lagi di tengah-tengah kesibukan dunia hiburan yang penuh dengan persaingan dan tekanan.
Apa yang lebih membuatkan orang ramai terkesan adalah kesederhanaan dan ketulusan hati Shukri. Walaupun sudah cukup berjaya dalam kerjaya lakonannya, dia tidak pernah lupa untuk memberi penghargaan kepada mereka yang membantunya di sepanjang perjalanan.
“Patutlah rezekinya sentiasa murah,”. Benar juga, apabila seseorang selalu berbuat baik dan memberi tanpa mengharapkan balasan, pasti Allah akan membalasnya dengan keberkatan.
Jadi, bagi mereka yang terus melihat Shukri dengan mata penuh kekaguman, mungkin ada satu perkara yang boleh dijadikan teladan. Kadang-kadang, yang lebih berharga daripada wang ringgit atau hadiah mahal adalah tindakan kecil yang menunjukkan kita menghargai orang lain.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.