Nur Zahirah Macwilson binti Zainol Macwilson atau lebih dikenali dengan nama Zahirah Macwilson, merupakan seorang pelakon dan model dari Malaysia. Zahirah menjayakan beberapa drama televisyen yang melonjakkan namanya diperingkat yang lebih tinggi.
Zahirah kemudian berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia iaitu Aiman Hakim Ridza selepas sama-sama digandingkan bagi membintangi satu drama yang membuatkan hubungan mereka semakin akrab. Selepas setahun mereka mendirikan rumah tangga, kemudian mereka dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Isaac Raees dan Inara Raisa.
“Kita Dah Takde Rumah Ke?”-Isaac Raees
Baru-baru ini, tular satu video yanng dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @fansofisaacraees yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 768 ribu, tanda suka sebanyak 43 ribu dan sebanyak 160 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Isaac Raees yang tidak selesa mandi dikawasan perkhemahan sehingga mempersoalkan adakah dirinya tidak punya rumah sehingga terpaksa mandi disitu.
Sweet Boy Isaac Shares Bathroom Campsite with Zahirah & Aiman | TikTok
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Isaac Raees seorang kanak-kanak yang bijak dan pintar.
Apa-apa pun, semoga Isaac Raees membesar menjadi anak soleh yang taat kepada ibu dan bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.