Nur Zahirah Macwilson binti Zainol Macwilson atau lebih dikenali dengan nama Zahirah Macwilson, merupakan seorang pelakon dan model dari Malaysia. Zahirah menjayakan beberapa drama televisyen yang melonjakkan namanya diperingkat yang lebih tinggi.
Zahirah kemudian berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia iaitu Aiman Hakim Ridza selepas sama-sama digandingkan bagi membintangi satu drama yang membuatkan hubungan mereka semakin akrab. Selepas setahun mereka mendirikan rumah tangga, kemudian mereka dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Isaac Raees dan Inara Raisa.
“Berkenan Betul Kami Dengan Lesung Pipit Dekat Pipi Dia Tu, Comel Dan Hensem”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @fansofisaacraees yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 346 ribu, tanda suka sebanyak 17 ribu dan sebanyak 149 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Isaac Raees yang membeli hadiah sempena hari lahirnya itu.
@fansofisaacraees Suka dia dpt shopping beli kereta 😘 #isaacraees #aimanhakimridza #zahirahmacwilson #aimanhakim #inararaisa #zahirah
♬ original sound – Aiman Zahirah Isaac Inara – Aiman Zahirah Isaac Inara
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka suka melihat Isaac Raees meluangkan masa bersama ibu bapanya itu. Tambah mereka lagi, Isaac Raees pasti akan diminati ramai apabila dewasa nanti sama seperti ayahnya iaitu Aiman Hakim.
Apa-apa pun, smeoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.