Mohd Shukri bin Yahaya atau lebih dikenali sebagai Shukri Yahaya merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia yang hebat. Dia memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko. Setiap lakonannya pasti akan hidup tidak kiralah sama ada watak baik, jahat, gila, lembut dan sebagainya.
Drama 7 hari mencintaiku merupakan drama lakonannya yang menjadi fenomena. Tidak hanya di Malaysia, malah drama tersebut terkenal juga di Indonesia, Korea, China, Turkiye dan lain-lain.
“Dah Koyak Tapi Masih Masukkan Telefon Lagi Kat Situ, Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @didiyzaidy yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.1juta, tanda suka sebanyak 86 ribu dan sebanyak 234 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Shukri Yahaya yang memasukkan telefon pintarnya ke dalam poket seluarnya, namun telefon tersebut keluar dikaki seluarnya.
@didiyzaidy Aku penat la dengan dia ni ðŸ˜
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Shukri Yahaya pasti akan ada perangai lucu yang dibuatnya tidak kira sama ada diluar atau ketika penggambaran.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.