Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026
Share on Facebook

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan, “Aishah 40 Chapters of Love”, yang akan berlangsung pada 4 Julai 2026, jam 8.00 malam di Megastar Arena, Kuala Lumpur. Konsert ini dianjurkan oleh Vox Nation Live.

Ini merupakan konsert solo berskala besar pertama buat Dato’ Aishah, sebuah malam yang bukan sekadar persembahan, tetapi satu perayaan penuh emosi yang menghimpunkan cinta, kenangan dan perjalanan seni beliau selama 40 tahun dalam industri muzik.

Malam Penuh Nostalgia Dengan Lagu-Lagu Ikonik

Mengangkat tema perjalanan hidup dan cinta melalui muzik, konsert ini bakal membawa penonton menyelusuri setiap “bab” dalam karier gemilang beliau. Setiap lagu yang dipersembahkan bukan sekadar hiburan, tetapi kisah yang pernah hidup dalam jiwa para peminat.

Antara lagu yang pasti dinanti-nantikan termasuk “Janji Manismu”, “Camar Yang Pulang”, “Kemaafan Dendam Yang Terindah”, serta pelbagai lagi karya malar segar yang telah menjadi “soundtrack” kehidupan ramai rakyat Malaysia.

Cinta & Penghargaan Buat Peminat Tersayang

Menjelang konsert ini, Dato’ Aishah kini sedang giat melakukan persiapan rapi dari segi mental dan fizikal bagi memastikan setiap detik di pentas nanti benar-benar sempurna.

“Konsert ini adalah hadiah saya buat semua peminat setia yang telah bersama saya selama ini. Saya tidak sabar untuk kembali ke pentas dan berkongsi momen istimewa bersama anda semua.

Saya harap setiap lagu yang dipersembahkan nanti akan mengimbau kenangan dan menyentuh hati, menjadikan malam itu satu kenangan yang tidak akan dilupakan.”-Kata Aishah

Penganjur Janjikan Pengalaman Konsert Bertaraf Tinggi

Ketua Pegawai Eksekutif Vox Nation Live, En. Shawn Chang menyifatkan konsert ini sebagai sebuah penghormatan kepada legasi seni seorang ikon negara.

“Dato’ Aishah adalah nama yang membentuk sejarah muzik Malaysia. Konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi satu pengalaman yang akan menyentuh emosi penonton dari awal hingga akhir.

Kami mahu peminat merasai setiap detik, setiap lagu dan setiap kenangan yang dibawa ke pentas.”

View this post on Instagram

Maklumat Tiket & Jualan

Tiket bagi konsert “Aishah 40 Chapters of Love” baru sahaja mula dijual pada 17 April 2026, jam 3.00 petang melalui laman web www.ticket2u.com.my/Aishah40

Kategori tiket:

  • RM788 – VVIP
  • RM488 – VIP
  • RM488 – Janji Manismu
  • RM388 – Sensation
  • RM288 – Paradise
  • RM238 – Kasih Kita
  • RM198 – Pulanglah
  • RM168 – Taman Keabadian

Dengan gabungan vokal luar biasa, susunan muzik yang menyentuh jiwa dan produksi bertaraf tinggi, “Aishah 40 Chapters of Love” bukan sekadar konsert, ia adalah sebuah pengalaman yang bakal menghidupkan kembali kenangan dan mencipta momen baharu yang sukar dilupakan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aishah
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Netflix
Filem

Naik Taraf Siri Anime, Netflix Persembahkan ‘Cyberpunk: Edgerunners 2’, ‘LEGO® ONE PIECE’ & Banyak Lagi!

by Nurul A.
August 23, 2026

Netflix, salah satu perkhidmatan penstriman video yang popular, telah menjadi destinasi pilihan global untuk animasi, menempatkan siri aksi dewasa seperti...

Read moreDetails
Spotlight

3DIVA Kembali Ke Malaysia! Tiket Mula Dijual 5 September, Early Bird Serendah RM138

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Siapa yang membesar dengan lagu-lagu Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ? Kalau nama-nama ini terus membawa anda kembali kepada...

Read moreDetails
Siti Nurhaliza TokTi
Spotlight

Individu Cari Isteri Pandai Gosok Baju, Komen TokTi Buat Ramai Dekah- “Dato K Pun…”

by Nurul A.
September 25, 2026

Hantaran seorang pengguna Threads, dikenali dengan nama Airell Rezell, mengenai ciri pasangan idaman yang pandai menggosok pakaian telah mengundang perhatian...

Read moreDetails
JENNIE
Spotlight

JENNIE Dihentam Kerana OST “Steps”, Apa Kaitannya Dengan Justin Tranter?

by Nurul A.
October 19, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, JENNIE, telah dikritik selepas dilaporkan muncul dalam runut bunyi untuk filem animasi Netflix, "Steps". Apa Kaitan OST...

Read moreDetails
Ultra Kalcer Malaysia 2026
Spotlight

Ultra Kalcer Malaysia 2026 Kumpulkan 19 Artis, Ada Hindia, Fugo, Naykilla Hingga Kris Dayanti!

by Nurul A.
September 19, 2026

Festival muzik, Ultra Kalcer Malaysia 2026 bakal menggabungkan sembilan belas penyanyi terkenal dari Indonesia dan Malaysia berkongsi pentas menggegarkan KL...

Read moreDetails
Foto - @mileycyrus (IG)
Spotlight

Bekas Penyanyi Disney Dakwa Jadi Mangsa Buli Miley Cyrus

by Nurul A.
August 28, 2026

Bekas penyanyi Disney, Jordan Pruitt telah menuduh penyanyi Miley Cyrus membulinya ketika mereka masih remaja.  Dakwaan itu telah mencuri perhatian...

Read moreDetails
Anak Najib Razak
Spotlight

Anak Kongsi Luahan Najib Razak- “Daddy Tak Sangka Ramai Sanggup Sumbang”

by Nurul A.
September 24, 2026

Perkongsian anak perempuan bekas Perdana Menteri iaitu Nooryana Najwa baru-baru ini mengenai bapanya, Datuk Seri Najib Razak (DSN), telah mendapat...

Read moreDetails
Foto - @izaraaishahofficial (IG)
Spotlight

“Lesti, Saya Mohon Maaf Atas Adab Saya”- Izara Aishah

by Nurul A.
October 20, 2026

Pelakon Izara Aishah mencuri perhatian selepas menegur pasukan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora secara terbuka di platform Threads baru-baru ini. Menyedari...

Read moreDetails
Spotlight

5 Perkara Anda Dapat Dari NU FEST 2027, Bukan Sekadar Tengok Konsert!

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Anda jenis sanggup beratur panjang demi tengok artis kesayangan? apa kata tahun depan kita naikkan sedikit standard pengalaman berkonsert.  NU...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara