Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Anak A Aida Kongsi Perkembangan Positif Ibu, Mohon Peminat Untuk Teruskan Doa

by Aphit J.
September 28, 2025
Share on Facebook

Sebelum ini industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penerbit dan pengarah drama terkenal, Datuk A. Aida yang kini ditidurkan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Rebah Selepas Fisioterapi, Kini Ditidurkan

Menurut pendakwah terkenal, Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, A Aida rebah secara tiba-tiba selepas menjalani sesi fisioterapi susulan pembedahan lutut yang dilakukan pada Selasa lalu.

Ketika kejadian, A Aida dikatakan sempat meminta izin ke tandas kerana merasa loya, namun rebah dengan wajah pucat.

Jururawat yang memeriksa mendapati beliau tidak sedarkan diri dan keadaannya dilaporkan tidak stabil, dengan tekanan darah yang tidak menentu.

Keluarga dan Rakan Terkejut, Doa Dipohon Rakyat

Profesor Izhar, yang sempat menziarah pada tengah hari kejadian, menyatakan rasa terkejut dengan keadaan tersebut kerana dua hari sebelum itu, A Aida ada menghubunginya bagi memaklumkan tentang pembedahan.

Menyangka ia hanya prosedur biasa, beliau tidak menyangka keadaan akan menjadi serius.

Katanya lagi, doktor terpaksa menidurkan A Aida bagi merehatkan otaknya dan masih memantau punca sebenar insiden.

Ada Sinar Harapan: Keluarga Kongsi Perkembangan Positif

via Instagram Azevanatassha

Terbaru, anak kepada A Aida, pelakon muda Azeva Natassha turut tampil berkongsi perkembangan terkini mengenai ibunya.

Menurutnya, walaupun masih ditidurkan dan bergantung kepada alat sokongan hayat, keadaan ibunya menunjukkan sedikit perubahan positif.

Azeva juga memohon doa daripada semua pihak agar ibunya segera pulih dan dapat kembali ke pangkuan keluarga.

Dalam satu hantaran di Instagram, dia meluahkan harapan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat ibu tersayang, serta menghapuskan segala penderitaan yang sedang ditanggung.

Azeva turut menyatakan rasa syukur atas doa dan sokongan yang diterima dari peminat serta rakan-rakan industri.

Semoga A Aida terus diberi kekuatan dan kembali sihat seperti sediakala.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Datuk A Aida
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Ed Sheeran
Spotlight

Sepupu Label Ed Sheeran “Bukan Orang Baik” Gara-Gara Singkir Macklemore

by Nurul A.
September 22, 2026

Nampaknya krisis Jelajah Loop Ed Sheeran secara rasminya telah menjadi urusan 'terbesar' keluarga penyanyi itu. Ketika dia sedang menghadapi kritikan...

Read moreDetails
Anak Najib Razak
Spotlight

Anak Kongsi Luahan Najib Razak- “Daddy Tak Sangka Ramai Sanggup Sumbang”

by Nurul A.
September 24, 2026

Perkongsian anak perempuan bekas Perdana Menteri iaitu Nooryana Najwa baru-baru ini mengenai bapanya, Datuk Seri Najib Razak (DSN), telah mendapat...

Read moreDetails
Lokarya, pelangi selepas hujan, lie
Spotlight

“Pelangi Selepas Hujan” & “Lie”, Lokarya Kembali Dengan 2 Single Terbaru

by Nurul A.
September 10, 2026

Kumpulan indie Malaysia, Lokarya kini membuka lembaran baharu menerusi dua single terbaharu, “Pelangi Selepas Hujan” dan “Lie”, yang bakal menjadi...

Read moreDetails
Jurang Takdirku Ku Faiz
Spotlight

Ku Faiz Muncul Dengan Single Debut “Jurang Takdirku”

by Nurul A.
August 19, 2026

Industri muzik tempatan bakal menyambut kemunculan seorang bakat baharu menerusi pelancaran single debut berjudul “Jurang Takdirku”, nyanyian Ku Faiz. Sarat...

Read moreDetails
Foto - @cikepal06 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Yuki Dengan Cik Epal Buat Ramai Yang Sebak- “Dia Rindu Tapi Tak Pandai Luah”

by Nurul A.
September 23, 2026

Sebuah video lama milik usahawan dan pempengaruh, Cik Epal (CE) bersama anaknya, Yuki kembali tular selepas dikongsi oleh seorang pengguna...

Read moreDetails
pami thailand
Spotlight

“loser”, Artis Thailand pami Mahu Terus Bercinta Untuk Elak Rasa Sunyi

by Nurul A.
October 5, 2026

Artis Thailand, pami, kembali dengan single terbaharunya, ‘loser’, yang meneroka sisi rapuh percintaan remaja masa kini. Terperangkap antara keinginan untuk...

Read moreDetails
Hari Merdeka
Filem

Rai Hari Merdeka Bersama Netflix, Tonton 1 Cerita Pada 1 Masa!

by Nurul A.
August 26, 2026

Istimewa untuk Hari Merdeka tahun ini, Netflix meraikan Malaysia dengan tayangan satu cerita pada satu masa.  Daripada aksi yang mendebarkan...

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Yu Yuhan
Spotlight

[VIDEO] Terlalu Taksub, Netizen Sokong Yu Yuhan ‘Lempang’ Peminat Sasaeng

by Nurul A.
September 1, 2026

Tak dinafikan ramai selebriti antarabangsa sering diganggu oleh peminat fanatik, dan nampaknya penyanyi-pelakon China, Yu Yuhan sudah tidak tahan dengan...

Read moreDetails
Spotlight

Sarimah Ibrahim Pertahan Artis Malaysia,- “Kita Multi Talented Bunch Yang Hebat!”

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Setiap penyanyi mempunyai kekuatan dan identiti tersendiri. Jadi, adakah seseorang artis perlu mempunyai suara yang ‘merdu’ untuk dianggap berbakat? Persoalan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara