Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Malaysia Bakal Jadi Tumpuan Pelancong China? Langkah Terbaharu Batik Air Jadi Perhatian

by Phic ARMAN
July 29, 2026
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau sebelum ini tempahan tiket mungkin jadi salah satu cabaran untuk pelancong dari China, nampaknya perkara itu bakal jadi lebih mudah. Batik Air baru sahaja memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama YeePay, antara penyedia perkhidmatan pembayaran digital terbesar di China.

Kerjasama ini bukan sekadar pasal pembayaran, tapi lebih kepada memudahkan keseluruhan pengalaman pelancong China untuk datang ke Malaysia. Lagi-lagi sekarang dengan kemudahan perjalanan tanpa visa antara Malaysia dan China serta kempen Visit Malaysia 2026 yang semakin hampir.

Tempah tiket lebih mudah, perjalanan lebih lancar dengan Batik Air

Langkah Terbaharu Batik Air Jadi Perhatian

Melalui kerjasama ini, YeePay akan membantu mengukuhkan sistem pembayaran digital Batik Air serta meluaskan saluran tempahan dalam rangkaian pelancongan di China. Maksudnya, pelancong boleh buat tempahan menggunakan platform dan kaedah pembayaran yang mereka dah biasa guna.

Setakat ini, Batik Air menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke lebih 10 destinasi di China termasuk Shanghai dan Guangzhou, sekali gus memudahkan urusan pelancong mahupun ahli perniagaan.

Bagi MURAI, zaman sekarang memang semuanya nak cepat dan mudah. Bila proses tempah tiket jadi lebih mesra pengguna, secara tak langsung ia boleh tarik lebih ramai pelancong untuk memilih Malaysia sebagai destinasi percutian.

China kekal pasaran penting Malaysia

Langkah Terbaharu Batik Air Jadi Perhatian

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, dalam enam bulan pertama 2025 sahaja, Malaysia menerima lebih 2.17 juta pelawat dari China, meningkat 35.6 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Topik Berkaitan Nak Travel Dari Subang? Batik Air Ada 9 Destinasi, Bagasi Percuma & Tawaran Merdeka

Beliau percaya kerjasama dengan YeePay mampu menjadikan pengalaman perjalanan lebih lancar selain mengukuhkan kedudukan Batik Air sebagai syarikat penerbangan yang menghubungkan China, Malaysia dan rantau ASEAN.

Sementara itu, Pengasas Bersama YeePay, Yu Chen berkata pihaknya akan terus memperluaskan penyelesaian pembayaran digital untuk industri penerbangan bagi menyokong pertumbuhan pelancongan serantau menerusi teknologi yang lebih pintar.

Bagi MURAI, kalau usaha macam ini diteruskan, bukan saja industri penerbangan yang untung, malah sektor pelancongan negara juga bakal menerima tempias positif menjelang Visit Malaysia 2026.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
3
Star
Star
3
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Batik AirDatuk Chandran Rama MuthyYeePay
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Sanggup Berhutang Demi Dating? 13.2% Lelaki Malaysia Akui Pernah Buat Begini!

by Phic ARMAN
October 27, 2026

Nak keluar dating sekarang bukan sekadar fikir nak pakai baju apa atau pergi makan di mana. Dompet pun kena bersedia!...

Read moreDetails
Air Kosong
Kesihatan

Biar Berpada-Pada, Minum Air Kosong Berlebihan Boleh Datangkan Bahaya Ini…

by Nurul A.
October 11, 2026

Selalunya kita akan dengar yang pakar sarankan setiap individu meminum sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter air sehari. Ini kerana...

Read moreDetails
Pembaziran Makanan
LifeXplore

Makanan Selalu Terbuang? Ini 3 Tips Untuk Rakyat Malaysia Elak Pembaziran

by Nurul A.
October 12, 2026

Kita semua pernah mengalaminya. Sebungkus sayur yang terlupa di bahagian belakang peti sejuk, lebihan makanan yang tidak sempat dimakan pada...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] Tengku Ezrique Ezzuddean Dalam Istiadat Mengangkat Sumpah Ini Curi Perhatian

by Phic ARMAN
October 27, 2026

Satu video memaparkan istiadat diraja Selangor mencuri perhatian apabila memperlihatkan Yang Mulia Tengku Ezrique Ezzuddean bin Tengku Dato’ Ardy Esfandiari...

Read moreDetails
KLSCM 2026
LifeXplore

KLSCM Kembali Ke Dataran Merdeka Bagi Edisi Ke-18

by Nurul A.
October 4, 2026

Pelari daripada pelbagai peringkat usia membanjiri jalan raya Kuala Lumpur pagi ini bagi menyertai kategori IHH 10km dan 5km dalam...

Read moreDetails
Kanser Payudara
Kesihatan

Jangan Lalai! Wanita Wajib Tahu 3 Situasi Ini Tanda Awal Kanser Payudara

by Nurul A.
October 7, 2026

Jatuh pada bulan Oktober setiap tahun, Bulan Kesedaran Kanser Payudara diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran; menunjukkan sokongan dan solidariti bagi...

Read moreDetails
LifeXplore

5 Tarikan Terbaharu Di Renaissance Johor Bahru, Arca Ikonik ‘R’ Hingga Koktel Eksklusif!

by Phic ARMAN
November 5, 2026

Kalau anda fikir Renaissance Johor Bahru Hotel hanya menawarkan penginapan mewah, sebenarnya ada beberapa tarikan baharu yang boleh diterokai. Menerusi...

Read moreDetails
Gegata Kronik CSU
Kesihatan

Bukan Sekadar Alahan Atau Ruam, Kamu Mungkin Hadapi Gegata Kronik!

by Nurul A.
October 13, 2026

Pernah tak kamu terjaga tengah malam kerana kulit menjadi sangat gatal secara tiba-tiba dan dipenuhi dengan gegata, tetapi bila berjumpa...

Read moreDetails
Marshall Bromley 150
LifeXplore

Rekaan Ikonik & Bunyi ‘Padu’, Marshall Bromley 150 Kini Lebih Praktikal

by Nurul A.
November 17, 2026

Marshall hari ini memperkenalkan Bromley 150, party speaker yang paling mudah dibawa dalam rangkaiannya setakat ini. Menawarkan lebih 40 jam...

Read moreDetails
LifeXplore

Siapa Sangka Kamera Filem Ini Dah 40 Tahun? FUJIFILM x atmos Buat Comeback Dengan Vibe Baharu

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Kalau fotografi merakam cerita, streetwear pula menjadi cara seseorang mengekspresikan identiti. Dua dunia ini bertemu menerusi kolaborasi FUJIFILM dan atmos...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara