Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Beto Kusyairy Alami Kemalangan Ketika Sertai Konvoi Motosikal Diketuai Awie Sempena Solidariti Palestin

by Puteri Alia
November 14, 2023
Share on Facebook

Pelakon yang disayangi ramai, Beto Kusyairy alami cedera ringan selepas terbabit dalam kemalangan ketika menyertai konvoi motosikal Solidariti Wings Motogang Society ke Masjid Negeri Ipoh, Perak di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Ladang Bikam, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, motosikal ditunggang Beto dikatakan bergesel dengan motosikal seorang lagi peserta yang dikatakan memasuki laluannya secara tiba-tiba sebelum terjatuh.

Turut serta dalam program itu ialah Datuk Awie.

Pengurus Awie, Sharul Nizan Ramli ketika dihubungi berkata, Beto mengalami luka-luka ringan dan dirawat di Hospital Tapah sebelum dibenarkan pulang malam tadi.

“Seramai 60 peserta Solidariti Wings Motogang Society yang diketuai Awie bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Ipoh kira-kira jam 4 petang semalam.

“Kemalangan mungkin berpunca daripada keadaan jalan yang agak licin kerana hujan lebat sepanjang perjalanan,” katanya.

Sharul Nizan turut memaklumkan seorang lagi peserta masih dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan yang agak teruk.

Menurut Shahrul, Beto dan seorang lagi mangsa itu dibawa dengan ambulans ke hospital sebelum Awie bersama peserta konvoi lain meneruskan perjalanan ke Ipoh bagi menghadiri majlis doa selamat dan solat hajat di sana.

Acara dianjurkan sebagai inisiatif melaungkan sokongan terhadap rakyat Palestin yang berdepan kekejaman regim Zionis.

“Selepas selesai majlis dan solat hajat kira-kira jam 10 malam, Awie bersama beberapa ahli konvoi lain singgah ke hospital melawat Beto dan seorang lagi peserta yang cedera itu,” katanya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Beto tidak berjaya, manakala isterinya, Tisha Shahar pula tidak dapat dihubungi kerana berada di Switzerland atas urusan kerja.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Beto Kusyairydatuk awie
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara