Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Bila Kurangnya Vitamin D, Badan Kamu Akan Alami Tanda-Tanda Ini

by Lisa Ghani
March 23, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Kamu mengalami kemurungan, kerap mengantuk dan emosi tidak menentu? Mungkin kamu kekurangan vitamin D.

Cahaya matahari merupakan sumber vitamin D yang percuma dan mudah diperolehi. Kebanyakan orang bergantung kepada pendedahan cahaya matahari untuk memenuhi keperluan vitamin D mereka. Oleh itu, vitamin D juga dikenali sebagai vitamin “sunshine”.

Pendedahan muka, tangan, kaki atau belakang badan kepada cahaya matahari (tanpa menggunakan pelindung matahari) selama 5-30 minit antara 10:00 pagi ke 3.00 petang untuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu biasanya akan membekalkan vitamin D yang dapat memenuhi keperluan harian

Foto – Pinterest

Dipetik daripada Healthline, vitamin D amat penting untuk pertumbuhan tulang yang kuat, mood yang lebih baik dan juga membantu penurunan berat badan. Namun, tanda-tanda berikut akan muncul jika kamu kekurangan vitamin D.

Otot terasa lemah

Kekuatan otot yang merosot boleh jadi disebabkan oleh kekurangan vitamin D dalam otot dan juga tisu saraf.

Kemurungan

Wanita yang mempunyai tahap vitamin D yang rendah berpotensi mempunyai dua kali lebih kemungkinan menghadapi kemurungan.

Kekuatan tulang merosot

Foto – Pinterest

Vitamin D menggalakkan pertumbuhan tulang tetapi apabila badan kamu rendah dengan nutrien, tulang kamumenjadi lemah, bermakna risiko kamu untuk mendapat keretakan tulang juga meningkat.

Tekanan darah yang tinggi

Vitamin D memainkan peranan dalam kesihatan jantung dan membantu mengawal tekanan darah. Oleh itu, apabila kamu tidak mendapat cukup vitamin D, tekanan darah kamu boleh menjadi tinggi.

Rasa mengantuk

Kajian pada tahun 2012 yang disiarkan dalam Journal of Clinical Sleep Medicine, tahap rendah vitamin D telah dikaitkan dengan tahap yang rasa mengantuk  pada waktu siang yang lebih tinggi.

Emosi tidak menentu

Sebelum kamu menyalahkan PMS kerana menyebabkan mood kamu menjadi pasang surut, ketahuilah bahawa vitamin  D mempengaruhi tahap serotonin dalam otak yang  juga memberi kesan terhadap mood.

Stamina yang merosot

Foto – Pinterest

Beberapa kajian telah menunjukkan keupayaan aerobik dan stamina para atlet berkurang akibat tahap vitamin D yang rendah.

Mengapa kita memerlukan vitamin D? Vitamin D membantu badan menyerap kalsium. Kalsium penting untuk pertumbuhan tulang. Vitamin D juga berperanan dalam sistem saraf, otot, dan imun.

Kamu boleh mendapatkan vitamin D dengan tiga cara – melalui kulit, dari diet kamu, dan dari makanan tambahan. Tubuh kamu membentuk vitamin D secara semula jadi setelah terdedah kepada cahaya matahari. Tetapi terlalu banyak pendedahan cahaya matahari boleh menyebabkan penuaan kulit dan kanser kulit.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
tanda kurang vitamin dvitamin d
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Maaedicare
Kesihatan

Malam ‘Hope & Healing’, Hampir 770 Pesakit Dialisis Peroleh Manfaat Perkhidmatan Maaedicare

by Nurul A.
July 27, 2026

Yayasan Amal Maaedicare (Maaedicare) berjaya menganjurkan gala pengumpulan dana tahunannya, 'A Night of Hope & Healing: Shine a Light, Save...

Read moreDetails
Kesihatan Jantung
Kesihatan

Anggapan “Saya Masih Muda” Boleh Jadi Satu Risiko Kepada Kesihatan Jantung?

by Nurul A.
August 5, 2026

“Penyakit jantung? Saya masih muda, tidak perlu risau lagi.”- Menurut pakar perunding kardiologi Datuk Dr Rosli Mohd Ali, tanggapan seperti inilah...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  3. 3

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara