Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Graduan Muzik Beribu, Tapi Citrawarna 2026 Pilih AI? Eric Fuzi Luah Rasa Kecewa

by Phic ARMAN
July 26, 2026
71
KONGSIAN
Share on Facebook

Citrawarna 2026 kembali memeriahkan Dataran Merdeka sebagai antara acara utama anjuran Tourism Malaysia sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Acara Citra Perarakan (Colours of Parade) menampilkan seramai 3,500 penari yang mewakili 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan, selain mengetengahkan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Penganjuran Citrawarna 2026 turut mendapat sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Warisan Kuala Lumpur, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Istana Budaya serta Muzium Tekstil Negara dalam usaha mempromosikan seni, budaya dan warisan negara kepada pelancong tempatan serta antarabangsa.

Namun di sebalik kemeriahan acara itu, penggunaan muzik berasaskan kecerdasan buatan (AI) pula mencetuskan perdebatan dalam kalangan penggiat seni.

Eric Fuzi Persoal Penggunaan AI

Antara yang tampil bersuara ialah komposer dan pemuzik, Eric Fuzi, yang mempersoalkan mengapa muzik AI digunakan sedangkan negara mempunyai ramai graduan muzik yang berpotensi.

“Dalam setahun, anggaran graduan yang dihasilkan dari fakulti muzik di semua pusat pengajian di Malaysia ni lebih kurang 700 ke 1,250 orang. Tapi CITRAWARNA 2026, pakai muzik AI!” tulisnya.

Sedih.. kesian kt kawan2 kita.. kerajaan support dana buat event besar untuk membuka peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia, tapi ada satu rakyat amik semua gaji buat sorang2. Gaji besar jadi boss arah2 kan robot buat kerja seni. “- tambah lagi.

Citrawarna 2026 Pilih AI? Eric Fuzi Luah Rasa Kecewa

Citrawarna 2026 Pilih AI? Eric Fuzi Luah Rasa KecewaCitrawarna 2026 Pilih AI? Eric Fuzi Luah Rasa Kecewa

Kenyataan itu pantas mendapat perhatian ramai, terutama dalam kalangan penggiat industri kreatif.

Topik Berkaitan Citrawarna 2026 Kembali Gegarkan Dataran Merdeka, Ini 5 Tarikan Yang Buat Ramai Tak Sabar!

Citrawarna: “Ketulenan Seni Sudah Hilang”

Bukan sahaja Eric, malah peminat muzik turut meluahkan rasa kecewa di media sosial. Ada yang berpendapat penggunaan AI dalam acara yang meraikan budaya negara seolah-olah mengurangkan nilai karya seni tempatan.

Seorang pengguna media sosial menulis:

“Bila event Citrawarna Malaysia dicemari oleh AI. Ketulenan seni sebenar itu sudah hilang dan tidak bernyawa. Bangkitlah semua anak seni Malaysia. Lawan AI.”

Bagi MURAI, teknologi AI sememangnya semakin menjadi sebahagian daripada industri kreatif. Namun apabila melibatkan acara yang membawa identiti budaya negara, tidak hairanlah jika ramai mengharapkan hasil karya yang lahir daripada sentuhan anak seni tempatan. Perdebatan ini juga membuka ruang kepada persoalan bagaimana teknologi dan kreativiti manusia boleh bergerak seiring tanpa menenggelamkan bakat yang sedia ada.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
4
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Citrawarna 2026
Share28Tweet18SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Getha Cipta Kelainan, Tilam Kahwin Diiktiraf Malaysia Book Of Records

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Siapa sangka tilam yang selama ini dianggap kelengkapan asas bilik tidur kini boleh menjadi sebahagian daripada kenangan perkahwinan? Getha tampil...

Read moreDetails
HABIB
LifeXplore

Hanya 500 Unit, Lazada x HABIB Perkenal Jongkong Emas 1g Eksklusif

by Nurul A.
October 27, 2026

Buat pertama kalinya, Lazada Malaysia bekerjasama dengan HABIB dalam menghasilkan jongkong emas eksklusif seberat satu gram. Terhad kepada 500 unit,...

Read moreDetails
Pembaziran Makanan
LifeXplore

Makanan Selalu Terbuang? Ini 3 Tips Untuk Rakyat Malaysia Elak Pembaziran

by Nurul A.
October 12, 2026

Kita semua pernah mengalaminya. Sebungkus sayur yang terlupa di bahagian belakang peti sejuk, lebihan makanan yang tidak sempat dimakan pada...

Read moreDetails
YM Che Puan Sarimah
Kecantikan

Makin Glowing? Intai Tip Kecantikan YM Che Puan Sarimah Ibrahim

by Nurul A.
October 31, 2026

Selebriti kacukan Irish-Melayu, Yang Mulia (YM) Che Puan Sarimah Ibrahim sememangnya seorang wanita yang sangat cantik. Memiliki kulit putih kemerahan...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Pemulihan Ke Dunia Pekerjaan, Ini Pendekatan Tengku Amir Shah Bantu Belia Selangor

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Bila bercakap tentang belia yang pernah melalui fasa sukar dalam hidup, persoalannya bukan sekadar bagaimana mahu membantu mereka berubah. Lebih...

Read moreDetails
Wajah Berminyak
Kecantikan

Kenapa Wajah Jadi Sangat Berminyak Selepas Bangun Tidur?

by Nurul A.
October 23, 2026

Pernah tak kamu bangun je tidur, wajah rasa melekit dan berminyak sangat? Kalau kamu nak tahu, sebenarnya ada banyak faktor...

Read moreDetails
The Weeknd
LifeXplore

Nak Elak Barang Dirampas Di Pintu Masuk? Jom Semak Checklist Konsert The Weeknd!

by Nurul A.
October 29, 2026

MURAI yakin ramai peminat The Weeknd tidak sabar menantikan tarikh 4 dan 5 November ini. Mana taknya, inilah satu-satunya peluang...

Read moreDetails
Secret Recipe
Selera

Secret Recipe Sambut Ulang Tahun Ke-29 Dengan Kejutan Manis

by Nurul A.
October 26, 2026

Bulan Oktober menjadi lebih manis di Secret Recipe! Sempena ulang tahunnya yang ke-29, rangkaian kafe kegemaran rakyat Malaysia ini membawakan...

Read moreDetails
LifeXplore

Westlife 25 Di KL: Satu Malam Tak Cukup Untuk Peminat Malaysia?

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Nampaknya satu malam memang belum cukup untuk peminat Malaysia bernostalgia dengan lagu-lagu Westlife. Selepas menerima sambutan hebat bagi persembahan pertama,...

Read moreDetails
LifeXplore

Hotel Pertama ASAI Di Malaysia Kini Dibuka, Tak Jauh Pun Dari KLIA

by Phic ARMAN
October 11, 2026

Kalau anda sedang mencari lokasi untuk healing tanpa perlu memandu terlalu jauh dari Kuala Lumpur, mungkin ini boleh masuk dalam...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara