Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Dari Dek Kapal Ke Pentas Seni – The Selawat

by Jash Lee
March 7, 2021
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Juhazwan Junaidi atau lebih mesra dikenali sebagai Awan kini berusia 37 tahun yang dulunya adalah seorang nakhoda kapal kelahiran Malaysia atau pelaut kini telah beralih kerjaya menjadi seorang pemuzik disamping ingin menumpukan sepenuh perhatian dan masanya di daratan untuk ahli keluarga dan minatnya yang begitu mendalam terhadap muzik.  Dia kini merupakan seorang penyanyi, penulis lirik juga pengasas dan pengarah untuk sebuah syarikat penerbitan muzik serta video, Heyya Media yang juga telah dilancarkan bersama-sama dengan pelancaran single terbarunya ini.

Inspirasi disebalik penubuhan syarikat ini adalah daripada keinginan Awan untuk menghasilkan inti pati yang mampu memberikan sebuah penceritaan yang berbeza berbanding hanya sekadar bersifat estetik semata-mata.

via PR

Awan yang sebenarnya datang dari keluarga yang berlatarbelakangkan muzik, Pakcik dan sepupunya juga berkecimpung dalam bidang yang sama dan ini menguatkan lagi keazamannya untuk terus mencipta muziknya sendiri. Awan membesar dengan sering melihat Allahyarham datuknya bermain biola dan menggubah pelbagai lagu tradisional.

Dia juga banyak mendapat ilham daripada artis-artis lagenda terkenal tanahair seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan KRU. Namun, setelah memasuki asrama di sekolah tahfiz, barulah dia mula kenal dengan lagu-lagu bergenre nasyid dan lagu-lagu dakwah yang sering didendangkan secara acapella atau diiringi dengan alunan muzik yang sangat menenangkan. Dari situ, hatinya telah terpaut dan dia menyimpan azam untuk mencipta dan menggubah lagu-lagu dakwah yang berbeza daripada apa yang biasa didengarinya.

Maka terhasil lah The Selawat, iaitu sebuah lagu yang menceritakan tentang usaha untuk menerokai dan mencari keredhaan Allah s.w.t menerusi junjungan Nabi Muhammad (s.a.w) serta cara untuk seseorang muslim itu menzahirkan keimanannya.

Muzik video The Selawat yang dihasilkan bersama-sama dengan beberapa rakannya yang masing-masing mempunyai latar belakang yang berbeza dan salah seorang dari mereka adalah bekas penyanyi kumpulan nasyid Nirwana dan mereka hanya bekerja dari rumah untuk menyunting dan menerbitkan video muzik berkenaaan.

“Lagu-lagu dakwah sememangnya sinonim dengan sesuatu yang serius. Saya mahu keluar dari kepompong itu tetapi pada masa yang sama masih kekal sopan. kita tidak mahu bersikap biadap terhadap agama. Islam adalah agama yang suci dan saya akan sentiasa menghormatinya. Harapan saya ialah untuk memudahkan orang ramai berselawat dan elemen muzik dapat membantu ke arah usaha itu.” kata Awan.

Susulan pelancaran The Selawat, Awan berharap untuk menyiapkan dua lagu baru gubahannya sebelum Jun 2021, yang mana salah satu daripadanya berkemungkinan besar akan dihasilkan secara kolaborasi.

“Insyaallah, mungkin menjelang tempoh itu saya dapat menyiapkan sebuah lagu duet untuk seseorang. Namun saya tidak akan berhenti untuk mencipta lagu, kerana ia adalah minat saya dan tiada siapa yang dapat menghalangnya.” jelas Awan.

Harapan Awan juga semoga single sulungnya ini dapat mengingatkan para pendengar tentang segala ajaran serta amalan sunnah Nabi (s.a.w) yang patut diteladani.

Jom kita saksikan video rasmi The Selawat. Selamat berhibur!

YouTube video

Juhzwanjunaidi awan theselawat singlesulung
https://lomp.at/wxkgn
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

[VIDEO] Gelagat Chef Zam Terima Kunjungan Sultan Terengganu Datang Beraya Curi Perhatian

by Phic ARMAN
March 31, 2026

Aidilfitri tahun ini memang tak akan dilupakan Chef Zam dan keluarga bila menerima kunjungan kerabat diraja terus ke rumah mereka....

Read moreDetails
LifeXplore

Makan Dalam Sungai Sambil Layan BBQ? BBQ Lamb KL Kemensah Port Paling Unik Di KL

by Farah Fatihah
May 3, 2026

Kalau dah bosan makan di restoran biasa dan nak cuba sesuatu yang lain daripada yang lain, BBQ Lamb KL Kemensah ialah...

Read moreDetails
LifeXplore

“SPM Dulu Saya Dapat 1A Sahaja”- Ben Ali Kenang Zaman Habis Sekolah

by Phic ARMAN
April 1, 2026

Kalau anda rasa perjalanan hidup seseorang mesti sempurna dari awal, tunggu dulu. Kisah Ben Ali atau nama sebenarnya Nur Ali...

Read moreDetails
SuaraNETZ

Tolak Stroller Anak di MITEC Tak Salah, Ini Nasihat Warganet Leraikan Pergaduhan di Threads

by Phic ARMAN
March 16, 2026

Menjelang tibanya Hari Raya Aidilfitri, suasana membeli-belah di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) semakin meriah… dan sesak! Orang...

Read moreDetails
Spotlight

Musuh Terbesar Penyanyi… Rozi Bongkar Kejadian Sebenar Sebelum Siti Nurhaliza Buat Konsert di TV2

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Ramai peminat mungkin tak sedar, di sebalik persembahan gemilang Dato' Sri Siti Nurhaliza dalam konsert ‘Aku Cinta Padamu – 30...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara