Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Dituduh Bermasam Muka Dengan Rakan Selebriti, Nad Zainal Akui Hanya Fokus Kepada Mereka Yang Lebih Menghargai Dirinya

by Puteri Alia
August 23, 2023
Share on Facebook

Dalam kehidupan kita, sebenarnya adalah penting untuk menghargai diri sendiri dahulu barulah mengutamakan dan menghargai orang lain.Rasa seperti mementingkan diri sendiri, namun ada alasan tersendiri kita perlu bertindak demikian.

“Saya memilih untuk tidak fokus kepada sesiapa yang hilang dari ‘radar’. Siapa yang ada, ada. Bab-bab siapa kawan siapa dan sebagainya, semua ini terlalu ‘high school’ untuk saya,” kata pelakon, Nad Zainal apabila dikatakan sudah bermasam muka dengan beberapa rakan artis yang dulu adalah kawan rapatnya.

Nad yang kini di trimester ketiga kehamilan berkata, dia mengambil pendekatan untuk mengutamakan suaminya, Ungku Ismail dan anak-anaknya berbanding perkara remeh lain.

“Saya sedang gembira dengan suami dan anak-anak. Jadi, saya tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu. Masih ramai yang ada dengan saya, jadi saya okay saja.

“Tidak timbul istilah bermasam muka kerana kami masing-masing sudah dewasa. Banyak lagi perkara yang harus diberikan fokus. Contohnya seperti suami, anak-anak dan peminat yang banyak mendoakan walaupun saya sudah sihat.

“Bukanlah hendak katakan saya sudah matang, cuma saya fokus kepada mereka yang ada dan kekal untuk bersama. Banyak lagi yang ingin saya fikirkan,” katanya.

Nad berkata, dia bersyukur terhadap peminat yang sering memberi sokongan dan terus mendoakan kesihatannya.

“Kadang-kadang saya tengok peminat atau orang yang dari luar sendiri datang dari jauh menunjukkan penghargaan kepada saya. Jadi perkara sebegitu yang mengajar saya.

“Bantuan kadang kala tidak datang daripada orang terdekat atau orang yang kononnya tahu mengenai kehidupan kita. Saya tidak mahu fikir banyak, apatah lagi anak saya sudah tiga orang,” katanya.

Pada November tahun lalu, Nad dirawat di pusat perubatan akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Topik Berkaitan [VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?

Susulan keadaannya itu, rakan artis dan peminat melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya menampung kos rawatan di hospital.

Nad mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Ungku Ismail pada 23 Januari lalu dan kini menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
nad zainal
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara