Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Fakta Menarik Dan Foto Transformasi Bae Suzy, Dia Sememangnya Cantik Dari Kecil!

by Jash Lee
October 23, 2021
Share on Facebook

Bagi pencinta drama Korea pasti sahaja amat mengenali selebriti yang bernama Bae Suzy. Satu nama yang sudah tidak asing lagi dengan pakej wajah yang cantik dengan bakat yang hebat. Suzy memulakan kerjayanya bersama kumpulan Miss A dibawah naungan JYP Entertainment namun kumpulan tersebut telah menamatkan kontrak mereka pada tahun 2017. Kini, Suzy berada di bawah Pengurusan SOOP dan fokus sebagai seorang pelakon.

Kali ini, kami di Murai.My ingin berkongsi dengan pembaca beberapa foto transformasi dan fakta menarik tentang Bae Suzy dari dulu hingga sekarang buat tatapan para peminatnya. Jom kita tengok!

1. Masa Kecil 

via YT

Suzy atau nama sebenarnya Bae Su Ji dilahirkan pada 10 Oktober 1994 dan dibesarkan di Gwangju, Korea Selatan. Anak kepada pasangan Bae Wan Young dan Jeong Hyun Sook ini merupakan anak kedua dari tiga orang adik beradik. Dia mempunyai seorang kakak yang bernama Su-Bin dan seorang adik lelaki, Sang Moon . Ayahnya adalah pelatih taekwondo dan ibunya menguruskan perniagaan makanan segera.

Foto ini menunjukkan Suzy dengan rambutnya yang ditocang dua semasa bermain di sungai. Dia tetap kelihatan comel!

2. Masa Zaman Kanak-Kanak

via twitter

Beranjak ke zaman kanak-kanaknya, Suzy kelihatan cantik dengan gaun berwarna merah jambu. Dia yang menunjukkan gaya dengan meletakkan tangannya di belakang kepala sambil tersenyum malu.

Suzy sebenarnya dilahirkan dalam keluarga yang kurang berkemampuan. Bahkan, dikatakan juga rumah yang diduduki mereka sekeluarga sebenarnya sangat sempit dan tidak sesuai untuk tinggal berlima. Kerana inilah, Suzy nekad untuk bekerja lebih keras bagi mengubah nasib keluarganya dan kini dia sudah berjaya membuktikannya!

3. Zaman Sekolah

via YT

Memang tidak boleh disangkal lagi, kecantikan gadis ini telah terpancar sejak diwaktu sekolah lagi. Wajahnya kelihatan tidak banyak berbeza daripada sekarang bukan? Dengan pakaian seragam sekolah dan bunga, Suzy menunjukkan gaya yang cantik untuk album sekolahnya. Dia juga adalah pelajar lulusan Sekolah Seni Tinggi Persembahan Seoul (SOPA).

4. Menjadi Pelatih Di JYP Entertainment (2009)

via Pinterest

Pada Jun 2009, Bae Suzy telah mengikuti ujibakat untuk Superstar K dan berjaya melepasi pusingan awal namun akhirnya dia gagal dalam pusingan pra-penyingkiran.

Dalam masa yang sama, JYP Entertainment juga tertarik kepadanya dan mengundang Suzy untuk mengikuti ujibakat dan bergabung dengan agensi terbesar di Korea Selatan untuk menjadi pelatih di JYP Entertainment. Sebelum memulakan kerjaya dengan Miss A, Suzy sempat menjadi pelatih selama 10 bulan.  And the rest, as they say, is history!

5. Anggota Kumpulan Miss A

YouTube video

Pada tahun 2010, JYP Entertainment telah menubuhkan MIss A dengan 4 ahli kumpulan iaitu Fei, Jia, Min dan Suzy. Single pertama kumpulan ini ‘Good Girl, Bad Girl’ telah berjaya mencuri hati peminat.  Dalam kumpulan tersebut, Suzy adalah sebagai vokalis dan juga rapper. Kumpulan ini juga telah mengeluarkan dua album yang berjudul ‘A Class’ (2011) dan ‘Hush’ (2013).

Setelah dua anggotanya iaitu Jia dan Min meninggalkan Miss A, JYP Entertainment  akhirnya memutuskan untuk membubarkan Miss A secara rasmi pada Disember 2017 dan single terakhir kumpulan ini ialah ‘Only You’ yang dikeluarkan pada tahun 2015.

Setelah Miss A dibubarkan, Suzy memulakan kariernya sebagai artis solo.

YouTube video

6. Artis Serba Boleh

via Cosmopolitan

Bukan sahaja menyanyi, malahan Bae Suzy juga pernah menjadi pengacara di dalam beberapa rancangan muzik antaranya Anugerah Muzik Seoul ke-21, Anugerah Golden Disk Ke-26 dan Anugerah Mnet 20’s Choice dimana dia sendiri telah memenangi anugerah untuk kategori ‘Bintang Baru Terhangat 2011’.

Selain itu, Suzy juga telah menceburkan diri dalam bidang lakonan. Penampilan pertamanya sebagai Go Hye Mi dalam drama ‘Dream High’. Suzi  telah mengeluarkan sebuah lagu runut bunyi untuk drama ‘Winter Child’. Drama ini telah mendapat rating tontonan yang tinggi dan mencapai populariti di banyak negara lain. Dia juga telah banyak memenangi banyak anugerah dalam setiap penglibatannya dalam industri hiburan. Antara anugerah yang telah dimenanginya adalah ‘Pelakon Baru Wanita Terbaik’, ‘Pelakon Wanita Cemerlang’, dan banyak lagi. Hebat bukan?

YouTube video

Jenama terkenal seperti Lancome, Dior dan Guess juga pernah memilih Suzy sebagai bintang dan duta bagi produk jenama tersebut. Get that coin, girl!

via Best HD WP
via nona
via Asian Celebrity

7. Selamat Hari Lahir Suzy!

via Ig

Bae Suzy baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada 10 Oktober yang lalu. Hari Kelahirannya jatuh pada hari yang sama dengan Hari Kesihatan Jiwa Sedunia.

Apa-apapun, masih belum terlambat rasanya untuk kami ucapkan Selamat Hari Lahir buat Suzy. Semoga kariernya terus sukses.

baesuzy
https://lomp.at/djfnt
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Maria Farida Kongsi Momen Hari Lahirnya, Netizen Terpegun!-“Sentiasa Cantik..”

by Naddy Joe
March 30, 2026

Perkongsian pelakon dan model terkenal Malaysia, Datin Seri Maria Farida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen hari lahirnya yang ke-57,...

Read moreDetails
Lokal

Nedim Nazri Pertahan Nora Danish Dikecam Netizen Di Threads-“Jangan Persendakan Seseorang!..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz dilihat mempertahankan bekas isterinya yang dikecam netizen selepas memberi respon...

Read moreDetails
Foto - @neelofa (IG)
Lokal

Netizen ‘Tegur’ Penampilan Raya Noor Neelofa- “Berpurdah Tapi Tudung Makin Senteng?”

by Nurul A.
March 25, 2026

Nampaknya perkongsian mengenai sambutan hari Raya selebriti-usahawan, Noor Neelofa baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Berdasarkan hantaran video pendek di...

Read moreDetails
Foto - @abbyabadi_112 (IG)
Lokal

Netizen ‘Geram’ Marissa Tak Ambil Iktibar Dari Perkahwinan Ibu, Ini Respons Abby Abadi

by Nurul A.
March 31, 2026

Nama pelakon Abby Abadi tidak lekang daripada mulut warganet selepas meluahkan perasaan di platform Threads semalam. Menerusi komennya yang ditinggalkan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara